Fresh from the owner...

10 May 2012

Serupa hantu ke?

Kak Long ni kadang-kadang kelakar la jugak. kat rumah ni kan kadang-kadang kera datang menyerang buah-buahan yang ada. cuma ada sekali tu kera tu pegang tingkap dapur. pecah. sebabnya dia nak 'mencopek' telur ayam yang ada dalam almari peralatan ayah aku. adoiii.... aku ke dapur dan tengok kera yang 'baik hati' tu. masyaAllah... besar jugak. aku pulak naik takut kalau dia terlepas masuk ke dalam rumah. tapi itu sekali je la kera tu buat macam tu. lepas tu tak ada lagi dah.

dan masa aku cakap ada kera tu, Kak Long ni baru balik sekolah. dia pun dengan beraninya keluar rumah dan halau kera-kera tu. aku takut kera-kera tu terkam dia. cepat-cepat la aku panggil dia masuk. kera-kera ni bukannya boleh agak macam mana lakunya kan? ingatkan dia takutkan kita tapi lagi berani ada la. tapi Kak Long ni cakap kera-kera tu dah lari. 

bila aku tanya kenapa dia cakap la kera tu takut dengan dia sebab muka dia macam hantu. hahaha... aku tengok dia aku gelak la. memang ada serupa hantu ke makcik kecik ni?


macam ni la rupanya lepas balik sekolah. getah ikat rambut awal-awal lagi dia cabut. dia suka rambut dia macam tu. nak ikat memang dia tak nak. dia tak suka ikat rambut. nak potong, dia pulak tak nak. bila dah petang-petang baru cakap nak potong rambut. boleh gitu?

rambut dia akan lurus sendiri kecuali kalau diminyakkan. ikat rambut dan cabut getahnya macam tu la rupa parasnya makcik tu. memang takut la kera tu sebab tengok muka dia macam tu kan? hohoho...


pic ni dia request sebab dia kat first pic tu tak nampak macam hantu pun. nampak jugak matanya. alahai... layankan aje la Kak Long ni. tapi dia jugak sangat pandai ambil hati. selalunya dan tak pernah miss dia sebut setiap hari: "Sayang Ibu!" okay... ibu sayang kamu juga. dan kamu dan kamu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. haha!comel.tp, tkutnyer kera...eiii!

    ReplyDelete
  2. tak takuuuutttt...hehehe..hantu comel gini harus ditangkap terus!hehehe..

    ReplyDelete
  3. hihihihi.. pelapis maya karin...

    ReplyDelete
  4. ekekeke ok ajeee .. x takut punnn comel aje acik tgk ! .. ;)

    ReplyDelete
  5. hantu yg chomel sgt.....
    sayang k.long jugaaa :)

    ReplyDelete
  6. Tak macam hantu pon. Kalo hantu pon hantu comel. Lain la muka kak long kalo pakai tudung dgn tak pakai tudung. Banyak ke kera? Saya takut kera. Pernah saya mkn tak Teluk cempedak dgn kawan2, tetiba dtg 2,3 ekor serbu meja kiterang. Huhu. terus je kiterang lari tinggalkan makanan. Takut giler.

    ReplyDelete
  7. olo..comeynyer kak long...tak supe antu pun..tetap jadi budak yg comel..bahaya jugak ye kera2 ni sampai mmasuk umah..

    ReplyDelete
  8. mcm hantu plak dah...

    nak share n invite awk:

    Kalau korang nak menang hadiah RM10 & hadiah misteri dari Maxis korang terjah blog shakiddo.com .Setiap hari sehingga 13 Mei 2012 ni, Shakiddo ada buat giveaway. Sy pun dah menang RM10 dalam Giveaway Hazman VS Food Siri ke-2 !!!!! JOM !

    ReplyDelete
  9. hahah.. kelakarlah kaklong ni.. tp kaklong ni comel.. sk rambut dia yg lurus tu.. 2nd baby ni nk kenan rambut lurus plak..hihiii

    ReplyDelete
  10. berani tul dia halau kera2 tu
    tp mmg kera2 ni jgn wooooo kang mau dia leh terkam kita..takutttt
    ritu el ada g kelah..myk monyet2 keliaran..el bw makanan..monyet2 tu mmg pantang npk food..terus nak terkam bekas2 food el..el pun keriau xhengat..tp xde heran monyet2 tu pun..lagi dia brani adalah..kita yg riso giler takut2 dia nak gigit woooo..tp sib baik taim tu ada guard..monyet2 tgk guard tu terus lari..mayb monyet2 tu takut guard tu kot hahahaha cam monyet2 tu takut kat kak long..hehehehe

    ReplyDelete
  11. sweet la k.long nih.. comel.. :)

    ReplyDelete
  12. "hantu" yg comel...xgitu kak long....

    ReplyDelete
  13. hihi klakar kak long ni..siap ckp dia cam hantu lak

    ReplyDelete
  14. ala antu2 pun..comel juga..:-)

    ReplyDelete
  15. mana ada serupa hantu...comel adalah....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign