Fresh from the owner...

09 May 2012

Sedap jugak ni.

hari tu masa ambil Kak Long daripada sekolah aku berhenti kejap kat kedai. sekolah kat Kak Long ni kena melalui dua buah kedai. kadang-kadang dia tak heran pun kalau tak berhenti sebabnya dia dah beli kat sekolah. tapi kalau dia belum beli apa-apa kat sekolah, dia biasanya mintak aku berhenti untuk dia beli sesuatu.

masa dok cari-cari benda makan tu la aku ternampak benda ni. macam sedap. aku bajet harganya dalam RM1 ke RM1.50. tapi bila tanya assistant kedai tu, dia cakap RM0.50 je. murahnya. bila tried makan, sedap jugak. cuma kecik sikit berbanding Snickers.



ada caramel, cereal, almond dengan raisins. sedap. kenyang la jugak makan. hehehe... aku penggemar coklat. jadik apa-apa coklat pun okay je. Kak Long tak makan sangat. Kak Ngah makan sikit je. dia sibuk suruh aku ambikkan kismis tu bagi kat dia. memang hantu kismis. sebotol pun boleh habis kat dia seorang je. Kak Long hantu susu. tak makan pun tak apa asalkan ada susu.

tapi dua hari lepas aku pergi kedai tu dah tak ada lagi dah Chocster ni. tak ambik banyak orang kedai ni. leceh la macam ni sebab apa yang ada kat kedai ni tak pulak aku jumpa kat supermarket. macam ada satu biskut coklat sedap tu. aku cari kat supermarket tak ada. tapi kat kedai tu ada. tapi sekarang ni dah tiga minggu tak ada pun biskut tu. huhuhu...





my foot: sangat suka dengan biskut dan coklat dan kek. ngeee...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. xpnh nmpak pulak.. emm dia ni besar mcm cloud 9 tu ke ek kak... tp murahlh 50sen je kan..

    ReplyDelete
  2. g kurang minat cekelat..tp hubby suka sgt...nnti leh lah belikan dia..hehe

    ReplyDelete
  3. makanan ruji la ni ye!

    ReplyDelete
  4. aikk, murah nye!

    kat sini lum nmpak lagi..

    ReplyDelete
  5. nak cari la kt kedai!

    ReplyDelete
  6. salam,

    murah lima posen aje..patut borong banyak2..

    ReplyDelete
  7. Wow! coklat chocster memag sedap hehehe

    ReplyDelete
  8. boleh buat kudapan dipetang hari bile mengantuk...

    ReplyDelete
  9. tak pernah jumpa lagi coklat ni..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign