Fresh from the owner...

31 May 2012

Sakit tangan dan tertangkap jugak akhirnya.

sakit tangan ni dah dua hari. rasa macam cramp pun ada. terseliuh pun ada. itu la salah satu sebab tak berapa laju je nak menaip. tambahan pulak hujung-hujung bulan ni line slow je. broadband kan. bukan streamyx ke apa ke. kalau pasang streamyx takut budak-budak ni dok skodeng ke games online 24/7. time sempat tengok tu okay la. kalau tak? even yang tak dapat main broadband pun dok pulun main game Mario. adoii la...

menjawab pertanyaan G, bukan tak nak pindah ikut husben. belum dapat pindah lagi. sebab kami start over everything from zero. panjang ceritanya. hahaha... jadik bila semuanya bermula dari bawah, ada banyak benda kena settle. bila dah stable baru boleh ikut pindah. insyaAllah, usahakan jugak untuk pindah tahun ni. tengok la hujung tahun ni macam mana. ada rezeki kami, ada la.

memang kesian kat budak-budak pun ye jugak. dok tanya je. kesian kat husben pun ye jugak. bila orang cakap: "Tu la, isteri nak kerja tak bagi." tapi perancangan Allah ni kita tak tahu kan? aku tahu plan dia macam mana. apa dia nak. tapi belum tertunai sepenuhnya. suku pun belum ye. tapi aku yakin, dia akan usahakan jugak sebab itu dia. dan aku tahu macam mana orangnya dia.



budak berdua ni memang la. dalam pada kata jangan main pasir, selamba je pergi ambik pasir letak kat atas tu. dah tu bila tegur pun buat selamba jugak lagi. last-last aku cakap nak ambik gambar nak tunjuk kat abah baru la dengar suara menjawab. geram betul la.

hari ni Azfar meragam je. daripada pagi lagi. entah apa la yang dia nak aku pun tak tahu. nak berdukung je. langsung tak mahu dengan orang lain. dah la tu. pegang dia sambil duduk pun dia tak nak. aisey... penat la jugak sebab nak buat apa-apa pun tak boleh. gigi dah nampak bayang-bayang nak tumbuh. takut dia sakit perut je. tu yang buat dia meragam tu agaknya. tak tahu la. ni pun duduk dengan aku la sebab tak nak dengan orang kata.






my foot: broadband dah slow la. nanti malam la aku BW ye. siang-siang ni lagi lembab tahap tak ingat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. alisha ms tumbuh gigi dulu pun.. meragam je kejenye...

    ReplyDelete
  2. salam sis.akhirnyaaa..dpt komen. =)

    amboi diowg, seronok la dpt mane pasir.hehe~ sis, broadband maera pun slow gila.kalau kt rumah, payah sikitla nk update blog.huhuhu~

    ReplyDelete
  3. get well soon ye sis.. sabar yer.. pasti ader rencana terbaik yg Allah aturkan.. InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  4. Damainya tinggal di kawasan kampung. Anak2 nak main kat laman rumah pun puas. Nak bercucuk tanam at least daun pandan dan serai pun senang. Kalo dok umah flat mcm saya ni, daun pandan pun kena beli. Huhu.

    ReplyDelete
  5. dia meragam sebab gigi nak tumbuh kotttt

    ReplyDelete
  6. haha..main pasir..
    kena pantau gak 47/7 nanti diorang telan kan..hehe

    ReplyDelete
  7. bestnye anak2 dpt berlari dgn penuh riang ria...hihi

    ReplyDelete
  8. huhuhu macih jawap pertanyaan G kt sini...sori kalau g terlepas pandang...maybe sal ade cerita sebelum ni kt blog tp g tak ikut blog sal dr mula2 kan...mesti ade yg tertinggal...

    g dan suami pun start over balik hidup weolss....mcm2 jadi dlm tempoh 2 tahun ni...tp Alhamdulillah...skrg dh semakin baik....rs downn sgt sbb dlm usia2 mcm ni patutnya hidup dh stabil kan....tp kitaorg br nk merangkak2 balik....tp takpelah...Dugaan Allah kita terima dgn redha...hanya Dia yg tau apa yg baik buat kita semua..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign