Fresh from the owner...

23 May 2012

Petua Mengatasi Rambut Gugur dan Botak.



1. Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastiK, yang mudah boleh guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 kali seminggu.

2. Selepas shampoo rambut, lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan urut ke kulit kepala. Selepas itu, bilas. Guna conditioner yang biasa anda gunakan untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.

3. Bagi merawat rambut yang rosak, anda boleh gunakan pisang. Caranya, ramas pisang dan campur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda. Kemudian syampu (sebaik-baiknya syampu herba) dan conditioner.

4. Untuk mengatasi masalah rambut gugur dan botak, anda boleh mengamalkan urutan minyak arnica setiap hari. Ia telah terbukti dengan maklum balas pembeli minyak arnica yang dipakej bersama-sama set rawatan rambut gugur dan botak. Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, karot, buah manga, apricot kering dan juga cereal.

5. Untuk kes beruban sebelum waktunya (premature greying), jika emak atau ayah anda telah beruban pada usia muda, secara genetiknya anda juga berkemungkinan akan mengalaminya pada seawal usia 40an atau lebih awal. Uban adalah proses semulajadi apabila pigmen atau melanin rambut gagal untuk menghasil pigmentasi, lalu terjadilah uban apabila usia meningkat. Uban juga boleh terjadi pada usia remaja walaupun anda tidak mempunyai keturunan.



-awinda al habsyi-





my foot: sila cuba ye!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. TQ share petua nie Sal....

    ReplyDelete
  2. kena suh fain amalkan ni

    ReplyDelete
  3. salam kenal...

    Terima kasih atas perkongsian tersebut...

    ReplyDelete
  4. huhuhuhu.. rambut saya mmg kene pendek jer.. klu x senang gugur...

    ReplyDelete
  5. petua yang bagus kalau diamalkan cuma kena rajin jer.

    ReplyDelete
  6. bagu petua ni... rambut munna mmg teruk gugurnya

    ReplyDelete
  7. g suka rambut gugur sbb rambut tebal yg amat.

    mr B suka rambut gugur sbb dia mmg suka botak.

    hahaaaa

    ReplyDelete
  8. BOLEHLAH CUBA NANTI...CIK ROSE SELALU RAMBUT GUGUR..

    ReplyDelete
  9. alah, petua paling senang, ko lumur aje minyak atar wakkakakakkakakaka

    ReplyDelete
  10. petua ni bagus utk saya.. sylah yg rambut gugur tu..hihii

    ReplyDelete
  11. terjumpa info ni, juga pasal rambut gugur… sharing is caring :) - Botak, Keguguran Rambut Masalah Keturunan

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign