Fresh from the owner...

27 May 2012

Pada tarikh ini lima tahun lalu.



lima tahun dulu pada tarikh ni, aku tengah nak naik atas stage untuk ambik scroll. sebelumnya hari wedding aku. lima tahun dulu, minggu pertama cuti sekolah hari ahad dan seawal pagi aku dok drive ke Shah Alam dengan husben and my dad. masa tu aku punya session petang. pukul 2. memang imbas kenangan lama la. sebab betul-betul sama macam lima tahun lepas tarikh ni.

baju yang husben aku pakai masa aku grad tu baju akad nikah. aku basuh malam sebelumnya dan keringkan. sampai Shah Alam baru iron. memang happy sebab hajat tu tertunai. berterima kasih sebab dia banyak tunaikan keinginan aku. memang tak terbalas la kan.

untuk anniversary semalam, aku ada bagi something dekat husben. kalau tahun lepas aku celebrate dalam pantang, tapi still aku ada bagi something jugak. aku mintak my friend post coklat. memang sampai tarikh tu la kalau tak silap aku. penyudahnya aku la yang makan banyak. husben bukan suka sangat. sekadar rasa je. aku la hantu coklat kan. hehehe...


tahun ni ada projek baru la. awal bulan 4 aku buat. dok tangguh last-last siap jugak. hasil kerja tangan sendiri ye. sebabnya aku sendiri tak tahu nak bagi apa. kiranya aku saja-saja bagi. biasa tak ada hadiah pun. hehehe... tiga tahun kebelakangan ni je la aku start bagi hadiah. biasa kalau bagi pun, aku bagi kad je. kek tu memang ada la. untuk makan-makan.

nak tengok apa aku bagi? hehehe... kalau tak cantik tak payah komen ye. boleh gitu? cuma aku tak tahan bab frame tu la. aku expect kakak aku pilih frame simple-simple je sebab itu yang ada dalam fikiran aku pun. sekali dia balik dan dia bawak benda alah ni... alahai... boleh la. dia kata mahal sikit tak apa la. bukan anniversary tu selalu pun.

hahaha... memang la. tapi expectation aku lain. aku nak pergi kedai frame memang tak dapat. memanjang sibuk dengan budak-budak ni. kebetulan kakak aku keluar, itu yang mintak tolong dia terus tu.


ini la dia hadiahnya. didatangkan bersama kad ucapan ye. kad tak sempat pulak nak ambik pic. padahal kad tu pun sejak April lagi dah siap tulis. saja advancekan sebulan. sebab aku suka siapkan awal-awal. in case ada plan lain boleh tukar last minit. entah apa-apa la. hahaha...

semoga istana impian ini terus dilindungi ALLAH SWT adanya. bimbingilah aku kerana kamu adalah nakhodanya. terima kasih atas semuanya.


SAYANG KAMU KETAT-KETAT!!!




my foot: ada yang nak tempah frame dengan aku ke? hahaha...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Alhamdulillah semoga berkekalan ke akhir hayat! Happy for you!!

    ReplyDelete
  2. Ibu Yusuf ada tag Salya dlm GA kawan2 lain. Jemput ye.. :D

    ReplyDelete
  3. Sama la asben kakain pun tak suka coklat...yg mkn byk bininya nii tp sekarang anak2 pun suka jugak kalau beli tu cepat je habisnya...

    ReplyDelete
  4. so sweet..
    happy anniversary day for both of you..
    lya doakan agr kasih syg antara kalian b-2 kekal mewangi hingga ke akhirat..amin

    ReplyDelete
  5. happy anniversary beb...moga kekal sampai ke sorga...berapa round smalam wei? wakakkakakakakkakkaka

    ReplyDelete
  6. Congrates., CiM masih ada 2yr utk settlekn my 2nd deg. but ths time 2geder with hubby. InsyaAllah after ths nk trus smbung master. Kwn2 kata M lg mudah.

    ReplyDelete
  7. wah... kreatifnya kak!!...

    selamat ulangtahun.. semoga kekal hingga ke syurga... Amin.. :-)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign