Fresh from the owner...

29 May 2012

Mistikus. Mistik si tikus. Hahaha...



kejadian mistik itu biasa. kalau bernasib baik, bunyi je menghiasi hidup anda. kalau tak bernasib baik dapat melihat wajah-wajah mistik itu. hahaha... boleh ke ketawa macam tu? aku lupa jugak nak bertanyakan kesinambungan cerita my SIL called aku tu. tapi aku rasa memang dia called kot. cuma siapa yang jawab tu aku nak tahu. sebab SIL aku bukan hafal pun nombor telefon aku tu kan. sama la macam aku tak hafal nombor telefon dia. ngee... siapa pun yang jawab telefon tu, tak baik tau main-main. dosa!!!

mengingatkan aku masa zaman belajar dulu. banyak kejadian mistik yang aku tak ecountered. just dihidangkan dengan bunyi-bunyian je ada la. tapi ada kawan aku alami sendiri. alhamdulillah... bunyi-bunyian pun dah cukup. tak payah la nak tunjuk-tunjuk muka. o_O setakat yang aku paling ingat masa dekat U la. time nak solat maghrib. budak-budak ni la bising sangat. sekali tu dengar orang belari macam nak runtuh siling. kawan aku yang dengar tu bergegas masuk bilik air. aku pulak dengan poyonya cakap: "Dia nak usik je tu. Buat tak tahu je la." harharhar... dalam keadaan dia orang takut, takkan la aku nak takut jugak kan?

memang kuat la bunyinya sebab aku duduk tingkat lima. mana ada tingkat lain lagi dah. lepas tu jumpa siling je la. kejadian tu kat Seksyen 6. even kawan aku ni pernah nampak ada tangan berbulu kat tingkap. yang ni pun aku tak pernah alami. dia je la. aisey... masa tu aku dengan kawan-kawan lain duduk kongsi bilik empat orang. bilik dua orang ada kawan-kawan lain ambik. kemudian tu la baru aku dengan kawan yang dua orang ni tukar bilik. itu pun lepas kejadian dia orang keteguran. lepas pukul 12 am dok bisng-bising lagi. lepas tu ada la tukang ketuk pintu. slow je. ketuk 3 kali. dia orang ingat kita orang bilik sebelah dok main-main tapi bila tengok semua tidur baru la dia orang syak-wasangka. terus la masuk tidur.

bab-bab susun ke tarik kerusi meja tu biasa sangat la. kalau tak orang rumah bawah marah orang atas, orang atas marah orang bawah. asal pukul 12 am je mula la dengar orang dok tarik susun kerusi meja almari segala. bising kan. mula la masing-masing nak tuduh-menuduh. tapi bila tahu rumah bawah mana ada orang. semua balik kampung. baru la kami semua senyap. kalau dengar pun buat tak tahu je la. nak marah siapa kalau bukan kerja dia orang semua tu.

meningatkan aku jugak masa duduk rumah abang aku. okay... dia duduk flat balai yang punya. asal malam je dengar orang dok menumbuk apa benda entah. dalam hati dok kata memasak apa la sampai menumbuk batu lesung tu boleh tahan bunyinya. tapi my bro kata benda tu biasa. mana ada orang duduk kat tingkat atas tu. setakat kenal-kenal diri macam tu cukup la ye. tak payah la nak berkenalan dengan lebih mesra. tak payah tunjuk muka la sebab saya ni penyegan orangnya. husben saya peramah. boleh jumpa dia ye. hehehe...

benda-benda macam ni buat kita berfikir sekejap. kita takut sangat dengan benda alah tu buat apa? walaupun cakap macam tu still jugak ada perasaan takut kan? hahaha... kita takut kat dia sebab kita rasa dia makhluk paling tak menawan kat muka bumi ni. pada dia orang pulak, kita la yang paling tak menawan sekali. kita takut, dia pun takut. jadik siapa yang takut sebenarnya? mistik betullah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. benda2 macam nie kita jgn ikutkan sangat .. kalau terlalu ikutkan hati , kita akan rasa ia dekat dan hampir dgn kita ;)

    ReplyDelete
  2. citer pasal mistik2 ni mmg lieya takut...almaklum laa lieya ni sebenarnye penakut...sebab rajin noo bayang2kan ape yg dibace hahaahaha....pastu takut gi toilet sendiri hihihi....

    ReplyDelete
  3. hehe... itulah..lya pon pnh la alami kjadian mistok2 ni.ekceli time sakit truk dulu.. tp.. yela.. buat x ambik tahu.. kalo dlm hati kt ni mkin tkut..x kruan lak.. tp mmg la..kt tkut tgk muka dia.. dia pon tkut tgk muka kt..

    ReplyDelete
  4. a'aa betoi tu... kkdg tu kita cuba buat2 berani tp dlm hati duk ketaq... hihi

    ReplyDelete
  5. huhuhu...sy antara yg penakut.... kadang2 tu leh berpeluh satu bdn sbb duk pikir bende tu

    ReplyDelete
  6. uikss....kalau ikutkn mmg dup-dup-dap gak...tapi, kononnya buat2 berani...ekekeke

    ReplyDelete
  7. Orang kata, kalo dengar susun perabut tu ada jin. Lagi satu dengar guli jatuh. Huhu.. Seram jugak. Tapi kat skolah dok kat asrama la paling banyak cerita hantu.

    ReplyDelete
  8. kak fieda pernah kena masa duk umah lama ada bunyi org main guli la kat atas umha..tp umah tu takder org..org ketuk pintu sekuat hati tp bila kak fieda bukak pintu takder org pun..sebenarnya takut sgt tp buat2 berani jer time tu..dah la waktu tu suami outstation..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign