Fresh from the owner...

31 May 2012

Late entry.

anak-anak dah tidur semuanya. mengantuk sangat sebab siangnya tak tidur. Azfar pun tak tidur petang. meragam je hari ni. asalnya pukul 5 tadi mata dia dah nak pejam. tapi bila bawak mandi dia segar sikit. bagi susu terus tidur sampai sekarang. ada jugak bangun dua tiga kali nak susu. kakak-kakaknya pun kalau tak tidur petang memang tidur awal la alamatnya.

itu la yang boleh BW ke rumah kamu dan kamu. kalau tak, time ni tengah tidur sama dengan Azfar. dia kan menyusu badan. jadik kalau dah menyusu tu ambik masa lama. daripada tak mengantuk pun kena paksa mata tidur sebab tak ada apa nak buat kan? hahaha... kadang-kadang tu aku main game sambil susukan dia. tapi bila lenguh tu naik bosan la jugak nak main kan? last-last tertidur la jugak.

ini pun dengan kelembapan komputer dan jugak kesengalan bradband, alhamdulillah... masih boleh jengah rumah-rumah kamu. tak apa la tak hidang air pun. melawat malam-malam ni tak nak ganggu tuan rumah. terkejut pulak tengok ada tetamu yang datang dah lewat malam ni. ngeee... tambahan pulak komputer kat luar dah jammed. apa entah budak-budak ni buat sampai windows pun boleh corrupt. menjawab la dengan emaknya.

ni nak sambung BW la ni. nak minum air kejap la. kamu dan kamu tak nak minum ke? hehehe... buat sendiri dan sendiri minum ye?!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Sila dtg rumah kakain..belum tido lagi ni...hihihi

    ReplyDelete
  2. sy pun br smpat nk bw.. hihi

    ReplyDelete
  3. tergoda dengan air tu.....sodapnyeee :)

    ReplyDelete
  4. air2 kopi camtu jgn le tayang...terlioo lah...
    pencinta kopi di siniiiii ehehe

    kt umah kalo sebelah malam jgn harap nk online..itu time cik abg online....ngadap tv jelah sampai tv ngadap kita plak... :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign