Fresh from the owner...

19 May 2012

Kesian Kak Long.



dah dua malam tidurnya terganggu. sebab gatal-gatal satu badan dengan muka. ada la meragam sikit. tapi kipas pun dah bukak nombor dua. nak bagi badan dia sejuk sikit. walhal kalau dah pukul 1 pagi tu biasanya memang dah sejuk sebab kawasan kampung kan. cepat je rasa sejuknya. tapi kalau dah gatal campak tu memang gatal la.

Kak Long dah pernah kena campak masa dia baby dulu. tapi time tu alhamdulillah... dia okay-okay je. tak ada meragam pun. tapi bila besar ni lain la pulak. memang banyak la biji-biji air kecik tu kat belakang tengkuk dia pun. dok tergaru-garu. kesian jugak tapi nak buat macam mana. ubat pun dah sapu. tapi tahannya kejap je. nanti nak bagi air kelapa. bagi keluar segala apa yang ada dalam badan tu.

yang kelakarnya time nak ambik buah kelapa semalam tu, aku dengan anak buah aku ni la. tapi dia kait-kait tak dapat-dapat. aku pulak dok menunggu nyamuk hinggap kat seluar sebab pakai hitam, dah sah-sahlah nyamuk suka kan? ended upnya semalam, kami berdua dok tunggu nyamuk je. hahaha... kawasan tu bersemak sikit. jafik nyamuk memang banyak. buah kelapa tak dapat, buat benda lain je lebih.

alhamdulillah... my bro datang petang semalam. dia la tukang kait buah kelapa tu. biasa pun kalau dia datang, mesti dia buat air kelapa sejuk. pergh... sedap! thanks bro. ngeee...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. alhamduillah dpt gak minum air tu...moga along cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. hehe..tunggu abg dtg baru boleh merasa buah kelapa..

    dari tadi kiranya duk kena gigit nyamuk je..

    ReplyDelete
  3. Semoga kak long cpt2 baik :-)

    ReplyDelete
  4. hihiiii dpt nyamuk ek kak.. :-)

    ReplyDelete
  5. tmbahan skrg ni musim panas..peluh menambahkn kegatalan di badan...

    ReplyDelete
  6. kak long kena dua kali ke kak?..eca xpena kena..dulu pena sekali,tpi bukan chicken pox tu...mcm biji2 merah...dorg ckp cacar air.xsampai sehari dah oke,ada pula ckp tu tanda2 kena denggi..grrr!,kena tahan kat wad berapa hari time tu..tpi chicken pox xpena...dorg kta makin dewasa makin sakit..takut eh

    ReplyDelete
  7. kesian kaklong.dh sembuh belum nie?air kelapammg sedap,hari tu masa aiman kena campak,ibunyan yg minum lebih dr anak..hehe

    kelapa muda pun mahal.sebiji rm 4 sy beli hari tu.klu dulu kt kmpg free jer kait kt pokok...:)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign