Fresh from the owner...

04 May 2012

Kata hati...

kadang-kadang apa yang tersurat tidak sama dengan apa yang tersirat. apa yang terluah bukan itu yang dimaksudkan. kadang-kadang memaksa hati dan akal memikirkan yang baik-baik saja walaupun ada kalanya memikirkan yang buruk juga. entah sampai bila... namun harapnya akan berakhir juga nanti. biarlah masa yang menentukan semuanya.

kamu juga tidak ada kurangnya. apa pun setiap apa yang berlaku, kena muhasabah diri. kenapa terjadinya sebegitu. ada sesuatu yang Allah mahu kita pelajari daripada apa yang berlaku. berdiam diri tidak bermakna aku kalah. cuma malas melayan. kerana itulah dirimu sejak mula. nampak gah tapi ada jugak hampehnya.

apa pun, kita masih saudara. biarlah ikatan itu diteruskan legasi seterusnya saja. bukan memutuskan persaudaraan. tapi sekadar membiarkan ianya tidak terlalu jernih. membiarkan yang keruh itu terus terapung di atasnya kerana aku tau kita tidak pantas terlalu mesra. akibatnya memang membawa sengsara.

aku tidak mengganggu hidup kamu dan kamu seharusnya tidak mengganggu hidup aku. apa yang aku buat selama ini bukan untuk kamu tapi lebih kepada menghargai orang-orang disekeliling kamu. kami masih aman dan tidak terusik dengan kehadiran kamu. walaupun bermacam kata-kata yang kamu keluarkan tapi aku masih mampu untuk buat tidak endah sebabnya hanya satu. dan aku rupanya masih punya kesabaran yang cukup tinggi.

Ya Allah, terima kasih atas ujianMU ini dan terima kasih juga untuk kesabaran yang telah ENGKAU pinjamkan kepadaku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Teruskan bersabar ye AnisAlya. Sepertinya sangat berat masalah awk. Saya harap semuanya akan okay.

    ReplyDelete
  2. harap bersabar...tula...kdg2 jawapannya yg sebenar dlm hati....itu yg terbaik kot...

    ReplyDelete
  3. semua ujian dr Allah itu adalah untuk menguji tahap kesabaran kite....kite kene kuat.amalkan doa mohon kesabaran yg tinggi , insyaAllah....

    ReplyDelete
  4. saya juga pernah diuji dgn perkara yg hampir sama...tak paham kenapa org masih nk usik kita..walaupun kita just duduk diam2 tak usik org lain pun...

    ReplyDelete
  5. sabar ye kak.. Tuhan tgh uji kesabaran tu.. moga akak tabah hadapi segalanya..

    ReplyDelete
  6. manusia begini mg tak pantas melihat kita senang.apa pun kesabaran yg tinggi sgt perlu..semoga kesabaran terus bersamamu..:)

    ReplyDelete
  7. Mmg kesabaran adalah kunci kekuatan diri. Saya dapat rasa apa yg B3a lalui. Setengah orang tak pandai hargai hubungan yang terjalin. Mmg betullah tu kena jarak kan sedikit hubungan yang ada agar jauh dari perkara yg tidak baik. Keep strong

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign