Fresh from the owner...

14 May 2012

Karnival YO! lagi dan hujan ais.

bercerita tentang Karnival YO! yang tak habis-habis tu. lepas aku tengok pameran kereta dengan anak-anak dan disebabkan panas dan jugak kesiankan budak-budak ni, kami ke pameran yang ber'air-cond'. bukan nak tengok pameran sangat. tapi nakkan air-cond tu je lebih. hahaha... tapi bila masuk je kat dalam tu, teruja la pulak tengok demo daripada satu booth ni. egg separator. tapi tak sempat nak snapped pic sebab ramai jugak yang ada kat situ. bila dah pusing-pusing, booth tu pun dah tutup.

banting karnival.

ini Gobots. apa benda Gobots tu? aku pun tak tahu. hahaha...

idea kreatif daripada IKM.


dah puas kat dalam sampai la banyak booth tutup, kami pun keluar la jugak daripada situ. tak ada maknanya jugak nak tunggu lama-lama. lagipun, masa masuk tu dah banyak jugak booth yang dah tutup. cuma jalan-jalan dan tengok apa yang ada je la. bagi budak-budak ni sejukkan badan jugak. dan anak-anak dapat la belon satu sorang. tak ada la nak mintak belon mahal-mahal. fuhhh... selamat!!!

pokok hari yang dah mula nak gelap.


masa nak balik tu la, angin dah mula bertiup kencang. tengok ke sebelah sana, awan hitam dah bergerak. panggil budak-budak semua dan ajak balik. takkan nak duduk situ lagi kot kalau guruh pun dah berbunyi. masa on the way ke kereta tu, kat padang MDP ada pertandingan netball dengan futsal kot. bila pusing kereta, ada sebahagian tempat cerah je kena cahaya matahari. sebahagian lagi gelap bukan main. kilat jangan cakap la. guruh tu berdentum sampai terkejut Azfar.

sempat jugak berhenti kedai beli ikan bilis. my other sis mintak tolong belikan. masa tu hujan dah start turun. bila sampai rumah je hujan memang dah selebat-lebatnya. anak buah aku kena pelepah kelapa jatuh atas kepala masa nak payungkan mama dia keluar daripada kereta. masa tu la my other sis cakap ada hujan ais. sebabnya dia kata bunyi hujan timpa zink memang kuat dan lain macam. aku tak ada la nak tunggu tengok sebb nak ambik anak-anak dalam kereta lagi. nak tengok anak buah aku tu lagi.

tapi kakak aku yang tu cakap memang first time la dia tengok hujan ais. sebab berketul dan dia siap pegang. aku cakap kenapa tak letak dalam cawan dan ambik gambar. dia kata tak sempat nak fikir pasal tu pun sebab zink dapur tu terbang lagi ditiup angin dengan blackoutnya lagi. huhuhu... memang sejarah la.


ini la pokok yang tumbang dan hempap wayar elektrik mengakibatkan kami blackout daripada petang sampai la pukul 4.30 pagi. walaupun hujan, kami tetap tidur dalam kepanasan. Azfar la berpeluh bagai. terpaksa kipaskan dia. kalau tak dia tidur tak lena.

itu la al-kisahnya sepanjang hari sabtu tu. ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. ermm..mujur smuanya selamatkan...
    seumur hdup mmg xpnah tgk dpn mata lg hujan ais ni...

    ReplyDelete
  2. hujan ais?...er lain je kan hujan ais...akak ada amik ke ais tu?

    ReplyDelete
  3. gee pun tak pernah alami lg hujan aiss ni......

    ReplyDelete
  4. hujan air.. br beberapa kali dgr bunyi ujan ais ni.. tp x g intai pun.. duk dlm umah je.. tp tu pun zaman kecik2 dulu.. dh x ingat sgt dah...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign