Fresh from the owner...

10 May 2012

Jatuh tertonggeng.

Azfar memang lasak. sangat lasak. kalau dia kata dia nak buli orang, dia buli je. duduk atas muka la. pukul la. ikut suka hati dia je. mungkin semua perhatian jatuh pada dia. Kak Long dengan Kak Ngah pun selalu layan dia. dah pandai macam-macam ni memang orang suka bawak main kan?

baru-baru ni masa dia bergumpal dengan Kak Ngah, dia tersadung tangan kakaknya tu dan jatuh tertonggeng. menangis jugak tapi sekejap je la. lepas dipujuk Kak Ngah dia main semula macam biasa. aku ada rekod kejadian tu. aku ingatkan jugak jatuhnya biasa je. tapi bila ambik dia nak bagi susu baru perasan sesuatu.

baru lepas nangis ni. tengok ayam jap.

nampak ada tanda kat dahi tu? kesan jatuh la tu.


lama jugak la kesan ni nak hilang. ada la dekat seminggu. kesannya nampak macam tanda biasa je tapi calar jugak sebenarnya ni. nasib baik la tetap hensem walaupun ada tanda. ngeee... kesan ni terbentuk sebab Azfar jatuh tertonggeng tu atas tikar buluh.

abah tak tengok ni lagi. sebab masa abah balik tanda ni dah hilang pun. yang kekal cuma tanda akibat ubat nyamuk tu je la. yang ada kat pipinya tu. tapi Azfar ni kalau cerek dia takut pulak nak sentuh. dia ingatkan cerek tu sentias panas walaupun cerek tu tak panas. pandai la pulak. hahaha...




my foot: anak lelaki macam ni la kan?!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. alahai siannyer azfar.. tp takpe..kata org..ank belajar drp kejatuhan...

    ReplyDelete
  2. betul la kak, anak lelaki ni banyak adventure dia..ade je nak buat...tak larat nak kejar dan pastikan depa ok..Tapi kenalah buat juga sebab depa masih kecil..jatuh sikit takut impaknya banyak..huhu..

    ReplyDelete
  3. dah bergariss 3 daaa.....
    budak aktif takpe..jgn budak duk diamm je..tu yg perlu diawasi takut tak normal perkembangannya

    ReplyDelete
  4. adooii..sian dia..nasb tak benjol..

    ReplyDelete
  5. siannya azfar.. alisha ni pun dh berapa kali jth.. tp jth katil.. adehhhh

    ReplyDelete
  6. budak tgh melasak camtu la kak.. anak sy si aqeef tu pun sama.. asyik bertanda je dahi.. huhu..

    ReplyDelete
  7. kesiannya.....teruk juga tu....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign