Fresh from the owner...

29 May 2012

Ini anak abah.



ini anak abah. apa-apa hal mesti nak abah. jatuh, menangis mesti panggil abah. kalau abah balik pun memang berkepit je dengan abah. tak boleh hilang seminit. kejap lagi mencari la mana abahnya pergi. tak tahu la sejak bila jadik anak abah. tapi apa-apa hal mesti abah la. masa abah dia sampai hari tu, siap tertidur lagi dengan abah. jarang Kak Ngah ni tidur siang awal kecuali dia bangun awal pagi tu. tapi rasanya dia bangun lambat sikit daripada biasa.

kuat merajuk ni. kalau abah marah lagi la cepat dia merajuk. tapi dalam pada tu dia lembut sikit orangnya berbanding Kak Long. kalau Kak Long memang gangster habis, Kak Ngah tak. kalau Kak Long suka membuli orang, Kak Ngah buli jugak. hahaha... cuma bezanya, Kak Long kalau marah dia pergi lepuk orang tu. Kak Ngah tak. orang buat dia sampai bercalar dan berbekas kat pipi. tapi dia tetap tak balas balik. kalau Kak Long jangan harap la. memang berbekas dia buat kat orang.

Kak Long kecik je tapi ganas. sampai abang sepupunya cakap: "Alya ni gangster macam budak sekolah menengah." hahaha... macam mana tu? Kak Ngah pun suka jugak mengusik orang. tapi dia setakat mengusik je la. dia tak pukul. bagus Kak Ngah ni. suka jugak mengikut apa yang Kak Long dia buat. sayang sangat dengan Azfar. kalau bangun tidur mesti cari Azfar dulu. kalau tak jumpa nanti dia menangis. hahaha...

Kak Ngah ni peramah orangnya. peramah pun takut orang jugak. tak macam Kak Long. tapi Kak long lambat panas dengan orang kecuali orang yang lagi tua daripada dia. memang cepat mesra la Kak Long. dah besar dah Kak ngah ni. macam-macam ragam ada. pening ibu. adeh...!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. isy boleh tahan gengster kaklong ek? sy kecik2 dlu selalu jd mangsa je...pemangsa tak penah..huhu

    ReplyDelete
  2. setiap ank perngai lain2 kan...cuma kita lah kdg pening lyn.. hihii

    ReplyDelete
  3. memang anak bah la cenggitu. naufal pun anak abah gak.. Huhuhu

    ReplyDelete
  4. takpe sorang anak ibu sorang lagi anak abah :)

    ReplyDelete
  5. itulah anak2.. penawar duka.. ;)
    lain anak lain kerenahnya.. ada yang pemalu, ada yang garang.. macam-macamlah..

    ReplyDelete
  6. anak saya...pun saya manja ngan daddynyer kekadang jealous huhu

    ReplyDelete
  7. Karektor anak2 ni berlainan kan walaupun mereka adik beradik. Sbb tu saya tgk ramai ibu bapa menggunakan method yg berlainan untuk ajar setiap anak.

    ReplyDelete
  8. Wahhh!! manja dengan abah ye :) sebab tu kot jiwa lembut, mudah merajuk :)

    ReplyDelete
  9. betul tu..lain anak lain perangainya..

    ReplyDelete
  10. Iman anak ayah.. Bila tidur je anak ummi dia. Oklah tu kalau semua anak ibu susah juga ;)

    ReplyDelete
  11. ganas juga kaklong ni..maybe utk jaga diri dan adik-adiknya nanti..

    ReplyDelete
  12. ganas juga kaklong ni..maybe utk jaga diri dan adik-adiknya nanti..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign