Fresh from the owner...

05 May 2012

Hari Bomba Sedunia.



nanti upload pics. ni pun ada la dalam sejam dah sampai rumah. terus transfered pics masuk pc. nanti nak edit senang. cuaca hari ni hujan awal pagi tadi. tak bercadang nak pergi tapi bila my sis tanya, macam okay je la. tunggu hujan berhenti baru pergi. my BIL suruh aku je bawak kereta tapi kakak aku cakap dengan dia aku nak jadik penumpang je. malas nak drive. ngeeee...

masa sampai tadi pun ada la hujan renyai-renyai. tapi tak ada la lama mana pun. kejap-kejap je. kebetulan masa datang dah start pun perbarisan tu. ada la dalam dua tiga pasukan. so all of us carik la spot yang terbaik untuk bagi anak-anak ni tengok. alhamdulillah... memang ada spot best. bila ambik pics nampak tayar besar je bila jentera tu bergerak. punya la dekat. sampai yang jaga kawasan tu pun mintak budak-budak jangan dekat sangat. takut la juga. budak-budak ni lain sikit gayanya.

Kak Long, Kak Ngah dengan Azfar semuanya excited tengok. puas hati la bawak anak-anak. walaupun abah tak ada tapi jalan tetap jalan. ada abah mesti dia layan lebih sikit. aku cuma layan seadanya la sebab tiga orang dan aku seorang je kan. janji dia orang puas hati. enjoy tengok orang berbaris dengan jentera bomba yang pelbagai tu.

masa tu la baru aku tahu, bomba ni banyak departments rupanya. sampaikan Forensik untuk kebakaran pun ada. memang banyak betul departmentnya. pergh...!!! ada jugak lima orang dari unit payung terjun buat terjunan. sempat tengok masa duduk-duduk layan anak-anak main belon. tapi yang kelakar tu, Kak Ngah masa bot penyelamat lalu depan dia boleh dia cakap ada tayar. bukan dia tengok bot pun. tapi tengok tayar. dia orang siap nak naik lagi. tapi kenderaan bergerak mana boleh naik. nak ambik pics dengan kenderaan pun ramai orang. ambil seadanya je.

dah settle. pergi makan sebab takut anak-anak lapar. bagi minum dulu legakan tekak yang haus tu. ada demo padamkan lori tangki tapi tak sempat nak tengok sebab aku duduk jauh dengan pentas. lagi pulak budak-budak tengah seronok main belon yang dijual dengan harga RM6. mahal gila kan? tapi sebab Azfar la dok sibuk "Nak!" daripada mula dia nampak belon tu sampai terpaksa patah semula dan beli. nampak je orang pegang belon dia mesti 'nak'. jadi belikan je dan dia senyap. dapat belon Boboiboy la katakan.





my foot: sekarang ni semuanya dah tidur sebab penat. aku pun macam nak tidur jugak la lepas download photoscape ni. hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Semalam kat rumah penuh dgn kereta bomba. Bomba buat bacaan yasin dgn khutbah hari bomba kat masjid sebelah rumah.. :D

    ReplyDelete
  2. belon apa sampai rm6 tu.. mahal je..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign