Fresh from the owner...

25 May 2012

Emosi ye Kak Long?



selalunya kalau 6.30 petang or pukul 7 tu tv kat rumah ni dah tutup. arahan pihak berkuasa. kecuali la kalau ayah aku tengok sukan. sebab dia lagi power daripada my BIL dengan sis kan. ^_^ anak-anak memang tak boleh buka tv kalau tak nak kena sound baik punya. dia orang ada perjanjian dengan parents dia orang. aku tak ada. anak-anak pun aku tak ajar tengok tv petang-petang. jenis budak-budak ni, lepas mandi dan minum susu kalau tak sambung main, dia orang akan ekor je aku ke mana je aku pergi. biasanya jugak aku lepak-lepak dalam bilik tunggu turn nak solat. sempat jugak la dia orang tunggang terbalikkan bilik ni.

adoiii la... intro kalahakan orang nak jawab SPM. hehehe... cumanya semalam sebab tak sempat nak kemas bilik awal-awal aku tengok la Seindah Sakura lakonan Fasha Sandha dengan Fahrin tu. asalnya aku nak tengok sekolah yang jadik lokasi dalam cerita tu. sekolah yang dia orang guna tu sekolah aku dulu. bukan time aku lagi dah. kalau tak boleh jugak aku dengan kengkawan interframe berlakon dalam drama. dapat jugak duit. hahaha...

tapi semalam tengok pun sekejap je. part Sherie Merlis mintak maaf dengan mak dia. time Shakirah tu flashback. Kak Long yang tengok boleh pulak cakap: "Nak lari bawak la mak dia sekali. Tak sayang ibu bapa ni. Betul tak ibu, dia tak sayang ibu bapa kan? Berdosa!" ngeee... memang Kak Long ni kalau melibatkan parents dalam apa cerita je yang dia nampak macam bersikap tak baik, dia akan komen macam tu la lebih kurang.

jadi aku pun tanya la dia: "Kalau abah macam mana?" nak tahu apa jawabnya? "Abah tak apa." hahaha... okay, Kak Long memang anak ibu. Kak Ngah anak abah walaupun Kak Ngah akan cakap dia tu anak ibu abah. tak ada pilih kasih. sama rata je. banyak benda yang keluar daripada mulut Kak Long melambangkan apa yang dia fikirkan. kadang-kadang terfikir jugak, pemikirannnya tu macam orang dah besar sangat.

Kak Long suka tengok tv. especially kartun la. tapi ada masa dia bertoleransi. dia akan cakap: "Ibu tengok cerita ibu dulu, nanti tukar tengok cerita Kak Long pulak." bila dia dah cakap macam tu aku la yang tak sampai hati dok biar dia tercanguk depan tv tunggu turn. kejap je aku tengok kemudian aku pass la kat dia. ala, aku bukan tengok sangat pun tv-tv ni.

dan dia kalau nampak kakak sepupunya tengok Korea? "Kakak ni asyik-asyik tengok Korea, dengar lagu. Bosan!" walaweiii... anak siapa tu?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. wah... bagusnya kaklong... ank sulung kan...dia lbh cpt matang...

    ReplyDelete
  2. amboi anak ko, byk tul dia menyongel ye.....bagus la anak ibu nih!

    ReplyDelete
  3. boleh bertolak-ansur time tengok tv takpe.. kalau ai.. hurm.. siap mengomel lagi anak2 kalau ai tukar channel..

    ReplyDelete
  4. he.he.he....emosi seorg prempuan dh nmpk pd kak long....

    ReplyDelete
  5. hahah..
    petahnya dia..
    mesti kat sekolah ramah je..
    hahahah

    ReplyDelete
  6. bagus kak long..berfikiran mcm org besar dah...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign