Fresh from the owner...

17 May 2012

Cucuk setahun.


semalam bawak Azfar cucuk setahun dan adik sepupunya yang kecik tu 3 bulan. semalam jugak cuaca panas sangat. masa dah siap-siapkan anak-anak, Kak Long turun dulu dan main panas bagai. dalam hati mula la terdetik yang Kak Long ni main kat panas macam ni mesti demam. yup! hari ni demam ye. semalam siap jerit panggil dia naik, jangan main panas. petang semalam pulak hujan turun selebat-lebatnya. tengahari panas, petang hujan. memang tak menentu cuaca sekarang ni.

hero hensem menangis kena cucuk. alahai... tak rock la menangis dik. malu kat kakak-kakak misi pelatih tu. dah la pelatih, panggil nama pun slow je. macam dalam kelambu. dah tu, misi sorang lagi panggil nama Azfar, 'Izz AZHAR!' entah bila aku letak Azhar, aku pun tak tahu la. tak membaca dengan betul la ni. apa pun, adik okay-okay je. nanti tiga bulan baru datang lagi. bulan 8 la.

cucuk setahun tak demam. alhamdulillah. tak ada la pening-pening kepala nak bagi ubat bagai. dan Azfar sangat aktif. masa diberi kiub, misi tu nak tengok pandai ke tak dia ketuk-ketuk kiub tu, okay je dia. time bagi kismis pun segenggam dia ambik nak bawak masuk dalam mulut. hahaha...

alhamdulillah... perkembangan dia okay dan ibu pun tak ada la nak risau apa-apa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. tak demam ye kena cucuk..kuat ni..

    ReplyDelete
  2. heheh sakitlah ibu kena cucuk tu.....
    nnti sunat nnti azfar cool jek yaa...

    ReplyDelete
  3. alahai comeynya azfar..bukan azhar ok..hehe
    saya pun baru cucuk anak saya setahun setengah hari ahad lepas...sama la nurse pun panggil silap nama anak...patut Safiiy ..bukan shafie..ish2 jauh bebeno.

    ReplyDelete
  4. sama cam alisha la... time cucuk setahun xdemam gak.. :-)

    ReplyDelete
  5. dh besar ye azfar.dh setahun rupanya..biasalah tu klu nangis time cucuk,comel apa.keke

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign