Fresh from the owner...

28 May 2012

Chocolate Indulgence untuk kami semua.



sabtu tu kan aku kelaur berdua dengan husben. kejap je. bukan lama mana pun. pergi ambik kek dengan beli barang anak-anak. pagi tu dah keluar pun bawak anak-anak. time tu la abah melayan karenah dia orang yang macam ragam tu. aku tegnok je. abah kata: "Dah dia orang nak. Biarkanlah." okay... abah dah kata macam tu ibu malas nak kata apa-apa lagi. since Azfar pun dah meragam sebab mengantuk, aku hantar la budak-budak balik dulu. tidurkan Azfar dan baru keluar semula.

alhamdulillah... anak-anak ni kalau kita pandai pujuk, dia orang tak kisah pun kalau tak ikut. siap lambai-lambai lagi kat tingkap. time tu la boleh spent bercerita tanpa ada gangguan daripada anak-anak. ye la... anak-anak dah tentu nak abah jugak kan? berebut-rebut kata. hahaha... time tu jugak la kalau nak pegang-pegang tangan boleh je. siapa nak marah? meh, nak lempang lutut 16 kali. ada sorang pakcik yang aku kenal tu siapa sound lagi: "Ni yang aku marah ni!" sebab nampak aku jalan holding hands dengan husben. dia kata lagi: "Elok la tu. Anak-anak tinggal kat rumah ye?"


ala, bukan selalu pun. memang jarang la husben balik dapat jalan berdua. masa baru kawin dulu biasa sangat la. masa dapat Kak Long pun okay lagi. tapi bila ada Kak Ngah dah kena bahagi-bahagi. sorang pegang satu. ada Azfar lagi la.. biasanya pun husben yang pegang. kecuali time dia nak bayar or bawak barang banyak je baru aku ambik mamat kecik tu.

lepas je pergi ambik kek, terus balik. masa tu memang dah panas sangat. husben pun dah penat. dah la petang tu nak balik. jadik, ini second time la makan Chocolate Indulgence version bukan SR punya. sedap la. tapi kali ni manis sikit. masa belikan Azfar hari tu tak semanis ni. this time around, semua dapat makan. siap ada yang ambik dua tiga potong lagi. makan la selagi ada. hehehe... my sis yang on diet pun dok makan dua tiga potong jugak. boleh gitu?

another year and we're still holding strong.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. happy 5th anniversary.. moga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat :)

    *** sejak akhir2 ni saya ni peminat tegar kek ni.lepas lunch je mesti mencari

    ReplyDelete
  2. Holding tight for many more years to come.

    Happy anniversary .. :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kek Indulgence ni, MJ pun suka makan kalau p SR ;)

    ReplyDelete
  4. Huh.. feveret ni. Ah, finally ada pun tulisan warna lain drpd secret recipe. Kalo tak, asyik warna merah je tulisan tu.

    ReplyDelete
  5. LORHHH pakcik tuu jelesss ekekek
    apa salahnyee .. x salah langsung .. itu semua bagi menghangatkan lagi hubungan sesama kita suami isteri kan ;)

    selamat ulang tahun dik
    semoga berbahagia dan kekal ke anak cucu .. aminnnnnnnnn ;)

    ReplyDelete
  6. laaaaa skelah kalo nk pegang2 tangan pun......gee plak yg rs nk sumbat mulut pakcik tu dgn seliparrr....bukan selalu pun tggl anak ye tak?

    happy 5th Anniversarry sal...semoga berbahagiaa ke akhri hayat..

    ReplyDelete
  7. akhirnya dpt gak bedating..hihi

    ReplyDelete
  8. Wah, so sweeet! Gambar yg akhir tu... Barakallahulakuma :))

    ReplyDelete
  9. sape yg amikkan gambar.. kak long yer.. so sweetttttt

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign