Fresh from the owner...

15 May 2012

Bulan Mei untuk Azfar.

entri untuk Azfar! entri yang panjang berjela-jela. ^_^


pregnantkan Azfar tak semudah macam Kak Ngah. selalu je sakit belakang. tak boleh nak berjalan jauh sangat sebab ended up mesti sakit belakang punya la. tapi ada jugak berjalan jauhnya. ikut abah balik Johor lepas accident untuk packing-packing barng nak bawak balik rumah sebab abah MC lebih sebulan jugak masa tu. lepas tu temankan abah ke HSA, Johor Bahru. pengalaman bawak Azfar.

Azfar pun kira special case jugak sebab monthly check up kat private. tak buat kat government. sebabnya? malas nak dengar misi tu bising-bising. lagi pun kalau kat private time tu flexible sikit. alahan masa pregnantkan Azfar pun cuma 3 bulan pertama. ada rasa loya tapi tak ada muntah-muntah. tapi kalau sebelum ni ibu ada jugak ambik tempahan felt. tapi bila ada Azfar je menyampah yang amat dengan felt. hahaha... sepanjang tu jugak la bercuti buat felt. sampai sekarang la.

masa pregnantkan Azfar jugak ibu teringin sangat nak drive. tak tahu la kenapa. last-last dapat jugak bawak. abah bagi. hehehe... setiap kali pergi check up, due yang doc bagi kejap berinjak dua hari. kejap lagi tiga hari. last-last dapat date due 26 Mei. tapi tak adalah ibu percaya yang Azfar akan keluar 26 tu. kakak-kakak Azfar semuanya keluar awal sebulan. ibu prepare je in case nak kena hantar lagi ke HTAA sebabnya kalau bersalin kat Pekan, jahitnya jahit hidup. dia orang tak bius ye. awal-awal dia orang inform takut la ada yang tak tahu. aiseyyy... dah biasa bius kali ni jahit hidup ke?

masa nak bersalinkan Azfar, seawal pagi dah rasa sakit tapi still tak ada tanda apa-apa. berlainan sungguh la Azfar ni. masa scanned dah tanya doc, boy ke girl. doc kata setakat ni nampak macam boy. sekali tu je la ibu tanya. lepas tu tak ingat dah nak tanya lagi. tapi ibu dengan abah tak kisah pun. lepas solat subuh, ibu cakap dnegan abah ada rasa sakit tapi tak tahu nak describe macam mana rasanya. sebab tak sama macam Kak Long dengan Kak Ngah. confuse la kejap. dah nak bersalin ke ni? sebabnya ibu dengan abah ada jugak cakap-cakap bila la Azfar nak keluar.

dah masuk 9 bulan dan Azfar still elok je duduk kat dalam. even doc pun cakap masa tu 8 bulan lebih sikit, Azfar dah turun ke bawah. prepare je la katanya. dan masa tu doc ada cakap Azfar ni nanti keluar kecik je. Kak Long kan paling kecik dengan berat 1.97kg je. Kak Ngah up sikit 2.3kg. dan abah ada cakap, Azfar akan keluar hari Jumaat 13 Mei. kalau tak pun monday 16 Mei tu. dan ibu target on Friday sebab Kak Long lahir Ahad petang, Kak Ngah Sabtu malam.


pagi dah pukul 7 lebih memang tak tahan sakit ni kejap datang dan kejap hilang, abah called ambulans. still tak ada tanda. sampai hospital dia orang checked jalan dan buka 8cm. sakit kejap ada kejap tak. abah nyaris-nyaris tak dapat masuk sebab masa dibawa ke labour room tu, kat bilik sebelah ada orang bersalin jugak. nurse tu kata pernah jadik kes suami tersalah masuk bilik. luckily, memang rezeki abah untuk tengok kesemua anak-anaknya lahir, abah masuk jugak. tapi sakit nak bersalinkan Azfar ni tak macam Kak Long dengan Kak Ngah. air ketuban nurse yang pecahkan. sakit pun kejap ada kejap tak walaupun dah buka 10cm. tapi pengalaman la. cuma sampai satu tahap sebab tak makan rasa macam reda je kalau kena operate. meamng tak ada energy lagi dah nak kelaurkan si Azfar kecik ni.

tapi nurse kata sekali je lagi. memang dah habis tenaga la tu. lahir Azfar pun seperti yang ibu dengan abah cakap-cakap, Jumaat pagi. letak atas dada je senyap je adik kecik ni. rambut pun boleh tahan. dan masa nak timbang tu aku dengar nurse tu kata: "Ini dalam 2.8kg." tapi orang yang timbang kat luar jerit: "3.2kg." besar jugak. masa dia orang cuci-cuci pun misi tu cakap: "Tak hilang pipi ni kalau dia besar." meaning chubby la. the nurses are friendly dan meamng sangat lembut dan prihatin. aku rasa misi ni yang terbaik la. hahaha... jahit hidup tanpa bius? terbaik jugak!!! o_O

dan satu lagi kata pekerja kat situ: "Akak dah bersalin ke? Akak yang baru masuk tadi kan? Saya tak dengar pun akak jerit-jerit kat dalam tu." muahaha... kena jerit-jerit ke? husben aku ada kat dalam tak putus-putus ajar aku doa dan zikir dan baca apa-apa je ayat. ketiga-tiga anak, dia selalu ada kat dalam tu bagi sokongan moral. TERIMA KASIH sebab setia menemani.

Muhammad Izz Azfar si manja yang comel. membesarlah dengan sihat dan jadilah anak yang soleh dan taat perintah agama. ibu abah doakan yang terbaik untuk permata hati kami yang bertiga ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. besar jugak azfar ni ye kak.. sy ms bersalinkan alisha, alhamdulillah.. sakit tak lama, doc pecah air ketuban tu br sakit & tak lama pastu terus bersalin.. kira mudahlah nak bersalin tapi yg sakit tu, time jahit... masyaAllah.. Tuhan je tau kesakitannya.. takut nak merasa kene jahit lg kali ni..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dpermudahkan akak bersalinkan azfar.. sy dua2 anak caesar.. x berpeluang merasai bersalin normal..

    ReplyDelete
  3. Bukan mudah seorang ibu utk mengandungkan seorang anak selama 9 bulan. Saya doakan moga azfar membesar menjadi seorang anak yang taat kepada perintah orang tua nya. Amin

    ReplyDelete
  4. moga azfar menjadi anak yg soleh.insyaAllah .amin

    ReplyDelete
  5. Salam Anis...n3 kenangan terindah tuk Azfar & ia tetap menjadi kenangan manis buat anis sekluarga.
    Semoga doa Anis & HB tuk Azfar akan dimakbulkn oleh Allah.Aminnnnnn

    SELAMAT HARI IBU tuk anis juga!

    ReplyDelete
  6. comelnya azfar.... munna dua kali bersalin..alhamdulillah mudah setakat ni

    ReplyDelete
  7. pengalaman bersalin, mmg tak terbanding kesakitannya kan.....lain anak lain sakitnya dan cabarannya....semoga sabar dalam mendidik dan membesarkan anak2....walaupun aku pun selalu hilang sabar hahahahha

    ReplyDelete
  8. anak ke-2 sya 3.3kg, pipi mmg sgt tembam tpi lepas setahun beransur kecut...hehe

    ReplyDelete
  9. kelahiran y penuh kenangan erinda.. tp lya x dpt bygkan dijahit tnpa bius..aduss..terasa ngilu sgt2..

    duli msa lya dh sdr koma..tp still dlm icu..slalu dgr org nk bsalin mngis la..mjerit la..sbb bilik icu dkt dgn dwn bsalin..mcm2 ragam dgr..smpai lya pon jd tkut.. alhamdulillah..wktu bsalinkn asya dipermudahkan.. dan xde pon jerit2 n mngis.

    ReplyDelete
  10. Insyaallah. Amin. Pengalaman yg tak boleh dilupakan oleh ibu2.

    ReplyDelete
  11. seronok baca kisah Azfar ni ling..u are so blessed to have them. :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign