Fresh from the owner...

14 May 2012

Birthday Azfar tanpa abah.


Azfar masuk setahun tapi abah tak boleh cuti. jadik ibu beli kek kecik je untuk Azfar. nanti abah balik baru la kita beli kek besar sikit ye. actually dah tempah pun kek yang sama. nak bagi abah rasa Chocolate Indulgence Thousand Tastes ni. tak sama macam Secret Recipe tapi boleh la. habis pun dalam sekelip mata je. siap ada yang ambik dua juring. ada jugak yang tak sempat merasa. hahaha...

masa Kak Long dengan Kak Ngah masuk setahun abah ada sama. untuk Kak Ngah celebrate awal sebab masa birthday dia tu jatuhnya bulan puasa. tapi tak apa la Azfar. abah tetap akan celebrate birthday Azfar. yang pastinya still dalam bulan Mei ni jugak.

si kecik aku ni sibuk nak cuit benda alah yang ada atas kek tu.

menjeling kat sebelah sebab ada gangguan.


semalam jugak carikan bola besar untuk Azfar. sebabnya, bola kuning yang my sis belikan untuk dia tu dah pecah. lanyak dek abnag sepupunya tu. geram jugak aku. entah macam mana la dia buat sampai pecah bila yang sederhana besar tu. sebelum ni pun ada jugak aku belikan Azfar bola dan dia orang pun ada beli bola sendiri jugak untuk main sepak, tendang dan terajang. tapi semuanya pecah. tak sampai seminggu pun. ada satu bola tu bertahan jugaklah sebulan sebelum pecah. kaki dia orang ni ada paku agaknya.

kali ni kalau pecah jugak, memang siaplah masing-masing. bola kali ni lagi besar daripada bola kuning tu. memang sedap la kalau main tendang dan terajang sampai kena tingkap. masing-masing alert sikit awal-awal ni. tunggu la lepas seminggu, tengok apa jadik kalau tak ada orang yang pantau-memantau. o_O

Azfar rasmikan bola barunya.

ini bola baru Azfar.


ini hadiah ibu untuk Azfar. hadiah daripada abah? tak tahu. biasanya tak ada hadiah pun. just beli kek dan potong dan makan ramai-ramai. tapi disebabkan Azfar selalu je nakkan bola orang lain, makanya ibu belikan jugak la sebiji walaupun niat asal nak beli dua biji termasuk satu bola bertanduk tu. okay... balik abah nanti ibu mintak abah belikan bola tu pulak la. bola sekarang ni pun, Kak Long dengan Kak Ngah sibuk dok rebut-rebut. pening kepala ibu. ngeee...

apa pun, ibu doakan Azfar yang terbaik di dunia dan akhirat. 16hb ni kita cucuk setahun ye. hero kena gagah. jangan ada nangis-nangis.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. selamat hari lahir azfar

    ReplyDelete
  2. Happy 1st birthday azfar moga membesar dgn sihat & jadi anak yang baik..

    ReplyDelete
  3. hepi besday azfar....besar nye kek...choc indul plak tu ....sedap wooo

    ReplyDelete
  4. happy besday dear moga jadi anak yg soleh dan membesar dengan sihat

    ReplyDelete
  5. wah azfar dah setahun la, tshirt azfar sama ngan tshirt aira masa kecik2 hehehehehhe

    ReplyDelete
  6. hepi besday azfar.. semoga membesar menjadi anak yg berjaya dunia akhirat.. amin..

    ReplyDelete
  7. besarnya bola azfar yer.. budk2 mmg suke bola kn kak.. alisha pun sama gaik... -)

    ReplyDelete
  8. happy birthday buat azfar.... semoga membesar dgn sihat dan jadi anak yg berjaya

    ReplyDelete
  9. kejap je bujang ni besar ek...

    alhamdulillah...

    hepi besday cayang!

    kek tu tempah mana? mmg nmpak gaya sedap tu...

    ReplyDelete
  10. dap kek...pantang tgk kek...
    mashammm je muka si heroo ni...hehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign