Fresh from the owner...

21 May 2012

Bila dah dapat kaki.


si kecil ini sudah dapat kaki. tapi dapat kaki pun still nak berdukung juga. manjanya pun terlebih jugak sekarang. tak mahu dengan orang. kalau mahunya pun sekejap je. tak suka dipegang. kalau pegang lama-lama memang dia marah kecuali ibu la kan.


macam-macam aksi ada si kecik ni. botol susu si kakak tu botol susu dia jugaklah. kalau dah dia kata nak, dia akan menjerit nak sampailah dia dapat apa yang dia mahu. hebatkan? sebabnya kalau dah dia kata nak, mesti orang bagi jugaklah kat dia apa je benda tu kecuali yang memudaratkan. ^_^


asalnya kat dapur tu diletakkan penghadang untuk elak dia ke dapur time aku nak masak. jugak untuk elak daripada tak sedar dia hilang entah ke mana. tapi sebabkan my BIL tak boleh nak langkah penghadang tu, terpaksa la dibuka semula. dan si kecik ni memang bebas keluar masuk la.


favorite tempat dia kalau ke dapur mesti nak tuju ke bilik air kecuali pintu bilik air tu tertutup rapat. kalau tak jaga betul-betul meamng hilang dalam bilik air la. bahaya kan? budak-budak besar ni bukan tahu bahaya. dia tahu seronok je. memang jaga dia betul-betul la kalau kat dapur tu. seminit je pun dah dikira lama.


aksi budak mengada. dia memang suka jadik perhatian sebab sekarang ni pun dia main attraction. orang suka main dengan dia sebab macam-macam benda dia belajar nak buat. budak besar ni memang la jadik kesukaan orang. sampai kadang-kadang tu ada perebutan yang itu dan yang ini nak pegang. huh!!!

tapi apa yang pasti, walaupun dah cecah umur setahun dan 8 hari, Azfar still tak ada gigi. hahaha... kalau kakak-kakaknya tu umur setahun tepat je dah tumbuh la giginya. kalau tak tumbuh betul pun, nampak la bayang-bayang giginya. ini jangankan bayang-bayang, rupa bentuk gigi pun tak nampak lagi. memang lambat giginya tumbuh. orang lain dah boleh kunyah-kunyah, Azfar kena tunggu je la. o_O 

dan dia happy je dengan apa yang dia buat. aku sebagai ibu pun happy je tengok perkembangan dia. i'm lucky to be a fulltime housewife walaupun ada benda diluar sana yang aku tak dapat nak nikmati. tapi aku dapat menikmati kehidupan disekeliling anak-anak dengan rasa bersyukur dan gembira serta bahagia. i'm blessed!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. aa aa lah...seronok tgk perkembangan anak depan mata ek...

    ReplyDelete
  2. mestilah sronok dpt tgk perkembangan anak hari2.... :)

    ReplyDelete
  3. mmg lasak ..js dh tak larat dh nk layan baby ni...huhu..

    ReplyDelete
  4. wahh comey nye dia exercise....hehehehe seksi uuuu....


    awwwwww

    ReplyDelete
  5. hamboii bukan main lagi azfar yer...

    ReplyDelete
  6. anak lelaki mmg lambat tumbuh gigi...anak aku si aryan tu pun sama, setahun 2 bulan gigi pun xde lagi

    ReplyDelete
  7. amboi kemain lagi azfar. mcm2 aksi. ni boleh jadi ahli gimnas negara ni. tunggu adli dpt kaki sok, boleh la geng.

    ReplyDelete
  8. bila sy baca entry akak pasal anak2, sy pulak rasa tak sbar..hahaha

    ReplyDelete
  9. hahhahha siap buat aksi tonggeng punggung.. hehehheh comel je... hihii

    ReplyDelete
  10. kite ada rakam aksi opal waktu 1st time nak berjalan...gitu jgk la gayanya..:)

    ReplyDelete
  11. seronok tengok anak2 membesar depan mata.. tapi kena pastikan pintu bilik air berkunci, budak sebesar tu tak tau erti bahaya..

    ReplyDelete
  12. anak akak sebaya anak saya la nihh.. anak saya esok genap setahun....

    ReplyDelete
  13. mmg tgh lasak.takde gigi lg ekk azfar..msti comel..hehe

    ReplyDelete
  14. olololo..siap buat aksi lagi tu..

    ReplyDelete
  15. hahaha..mesti asyik nak jalan jer tu! kiut!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign