Fresh from the owner...

20 May 2012

Bahangnya terasa.

hari ni kejap hujan dan kejap berhenti. bila hujan lebat bukan main lagi. bahang panas memang terasa la sebab semalam kan panas. tengok kat jalan, haba panas kerkepul-kepul naik. rasa lemas kejap bila udara panas ni naik. panas bercampur sejuk. hah, macam mana tu?

Ya Allah, kalau kat dunia dah macam ni macam mana la kalau di alam sana nanti. takut nak menghadapi alam yang satu lagi memandangkan diri sendiri banyak kekurangannya. semoga dibukakan tabir keinsafan dan diberikan hidayah serta petunjuk untuk terus mengharungi dunia yang serba mencabar ni. mahu terus muhasabah diri agar tidak lupa.

Ya Allah, sesungguhnya aku ini manusia yang seringkali alpa dengan segala-galanya. permudahkanlah urusanku untuk terus menuju ke arah jalan kebaikan. jalanMU. jadikanlah aku manusia yang sering beringat akan kesalahan sendiri. bukan terus menuding jari ataupun terus memenangkan diri sendiri. Ya Allah... jadikanlah aku insan yang sentiasa sedar akan kekhilafan sendiri. sesungguhnya aku tidak mahu terus leka dan alpa dengan apa yang telah Engkau berikan.

jadikanlah aku manusia yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan kurniaanMU.





my foot: Ina, kalau ada rekod rancangan Apa Kata Wanita tu nanti masuk dalam blog ye? hehehe... berebut tv la. susah nak tengok.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. betul la kak...terasa sgt bahangnya... dugaaannn

    ReplyDelete
  2. kat sini lak panas terik..smpai rsa xnak keluar..nk celik mata x tahan ...

    ReplyDelete
  3. Dunia akhir zaman...semoga kita sentiasa mempersiapkan diri...kan?

    ReplyDelete
  4. kt sini pn sama, bahangnya makin terasa...hujan turun xsmpai 15 min....

    ReplyDelete
  5. haah .. sgt2 panas .. even mlm pun dikk , akk skrg nie pasang aircond malam2 .. satu jam pun jadilah huhuh

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...arini petang putrajaya hujan stlh panas terik sblmnya...

    ReplyDelete
  7. tu la kak.. kalu pans tu, pns yg amat kan... kdg sampai pening kepala.. :-)

    sy pun xdpt tgk sgt kak.. tv wat hal smlm.. tv jd xclear... tp nsb biras sy tlg rakam.. esok br update entry..hihii

    ReplyDelete
  8. betul tu..bahnag sebegini kita dah tak tahan..tak tau nanti

    ReplyDelete
  9. Smlm balik kg mmg terasa sangat panas..
    Bila cuaca mcm ni kene la minum air kosong lebih sikit..

    ReplyDelete
  10. kat sabah pun kak..panas je.mlm pun panas..eca dpt tahu ada gerhana matahari esk...

    ReplyDelete
  11. mmg skang nie musim panas..:)

    ReplyDelete
  12. memang cuaca sgt panas terik...

    tak dpt juga tgk rancangan APW hari tu..hujan astro pun tak boleh tgk..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign