Fresh from the owner...

22 May 2012

Angry Birds kami.


ini la belon yang Azfar jerit-jeritkan sangat hari tu. nampak je belon mesti kata nak. naknya tu pulak panjang bukan main lagi. disebabkan Azfar jarang sangat la ada mainan yang dia sendiri nak, aku belikan jugak la belon tu. at least ada la kenangan dia dengan belon yang mahal tu kan. hahaha... aku belikan dia Boboiboy. tapi satu je yang buat aku lemah sikit bila dia main dengan belon ni, dia suka baring-baring. ada la sekali dua belon biasa tu pecah sebab lasak sangat mainnya.


ni Angry Bird kedua Kak Ngah. yang pertama terbang ditiup angin sebab ikatan pada peberat terbuka. rasa macam nak pergi mintak balik je dengan penjual tu. macam mana la tali tu boleh terbuka. geram je rasa. padahal budak-budak ni bukan ganas sangat pun mainnya. sebab tak nak Kak Ngah rasa kecik hati belon dia terbang, belikan la Angry Bird kaler biru ni. untuk Kak Long kaler hijau. dah tanya dia nak kaler apa. last-last belon Kak Ngah jugak yang dia nak.


time ni cuma Angry Bird biru dengan Boboiboy je yang ada. Angry Bird hijau dah selamat pecah langgar kipas angin kat rumah. talinya panjang sangat. bila aku pendekkan, budak-budak ni marah. aku dah kata panajng sangat nanti terlanggar kipas pecah. masin kan kata-kata ibu ni. kejap je pecah belon tu.


Azfar punya Boboiboy la yang paling besar sebab ada kaki tangan semua kan. yang Angry Bird tu kepala je. tapi benda macam ni lama mana sangatlah tahannya. kejap je dah pecah or dah kempis. reda je la. tapi tak apa. asal dia orang happy aku pun happy juga. ^_^






my foot: bola birthday Azfar pun dah selamat pecah. genap seminggu je hayatnya. rasa geram pun ada. tapi nak buat macam mana? marah pun bukan makan saman budak-budak ni. lain kali nak beli bola besi je la. boleh tak Azfar? ngeee...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. ha dpt dah .. suke betul budak2 nie main haaa ;)
    masa ada program kat padang aritu , sib baikk zahrien x mintak dik .. ekkee dia paham aje bila akak cakap mahal ekke
    rupenya dia nak benda lain .. adehh ekeke ;)

    ReplyDelete
  2. bola besi kak? kang jatuh atas kaki anak naya lak...hehehe

    ReplyDelete
  3. ish same kes laa mcm anak lieya...kalo nampak belon2 camni meroyan nak jugak...dulu2 layan jugak, tapi ni mia mija dah besar mls nak layan...nangis laa bergolek pun wakakakakaak......

    keh keh keh ..bola besi tu kelako....abis le bengkak2 kaki tendang bola heheeheh

    ReplyDelete
  4. bola besi patah pulak kaki azfar tu akak! haha

    ReplyDelete
  5. eh comel2 je ank akak..masing2 umo brp ni?

    ReplyDelete
  6. anak munna pun klu nampak org jual belon ni pasti nangis nak beli....

    ReplyDelete
  7. hahahaaaa, bola besi? hendak kirim satu kak. auni suka juga belon ni, seronok time bwk belon sambil jalan2. sampai kat rmh kena gigit. minah tu nak jadi drakula agaknya.

    ReplyDelete
  8. dulu2 zaman kanak2 suka main belon sebab suka kasi pecah.. ahaha.. kesian mak terpaksa beli kali2.. ehehe

    ReplyDelete
  9. Ayarkkk!! bola besi ke? heheee, tula budak2 kan kak..

    Apapun comel belon tu ;)

    ReplyDelete
  10. alisha belon tu ms sy beli kat dia dulu.. tahanlah 3 minggu kot.. tu pun kempis sbb kuar angin..hehhe

    ReplyDelete
  11. Salam Sal..biasa la budak2,mana la tahan lama klu beli mainan tuk depa2 ni.
    Semua pendek umur..hihi.Klu beli kete mainan..siap dia jadi mekanik lg..repair semua.Hadoiii..

    ReplyDelete
  12. maira pantang nmpk belon2 ni mesti kena beli..hingga ke arini dh 4 bijik dah rasanya..

    ReplyDelete
  13. budak2 suka sgt dgn belon kan..trkdg risau takut pecah tiba2.....

    ReplyDelete
  14. Belon kapal terbang iman pun meletup kena kipas. Terkedu dia ;) ayah dia rajin beli.. Ummi dia takde lah.. Rasa membazir. Sekali sekala takpe lah.. Janji diorg Happy kan.. Kita tgk pun suka.

    ReplyDelete
  15. tahan gak seminggu..
    dulu2 g beli...2 hari jek tahan...adesss dah la beli rm5 satuuu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign