Fresh from the owner...

22 May 2012

Angin meroyan pun bahaya.



siapa-siapa yang tengah pregnant or tengah berpantang tu jangan stress tahu. bahaya kalau time pregnant ni stress. lagi bahaya kalau dalam pantang. waktu tu memang syaitan dok buat kerja dia la kan. aku dulu masa dalam pantang pun ada jugak stress tapi alhamdulillah... selalu ingat Allah. selalu jugak muhasabah diri sendiri. sebab kalau tak meamng terganggu la pemikiran ni. akal sihat pun jadik tak sihat.

sebenarnya nak bercerita pasal biras abang aku. dia baru je gugur. dan jugak baru lepas cuci dan balik daripada berubat. katanya dia kena angin meroyan. bukan 100% meroyan. tapi angin-angin je baru hinggap. dia selalu rasa resah, tak dapat nak tidur malam. memang tunggang-langgang la rumah dia. kebetulan pulak dia ada anak kecik dalam umur dua tahun kot. lepas dia cuci la dia jadik macam tu.

aku kenal dia dan dia memang suka bercakap. memang ramah la. tapi orang yang dah melawat dia tengok dia pun dah tak macam dia. tak berapa nak bercakap, banyak termenung. cakap pun perlahan je. kaki tangan meamng sentiasa la bergerak-gerak. hari tu family dia ada ambik bawak berubat. tapi keadaan dia still tak kurang. kalau ada pun 0.005 peratus je agaknya.

my sis ada pergi melawat sebab rumah dia pun dekat sini je. bila tanya ada stress ke? dia cakap tak ada pulak. kadang-kadang kita tak sedar tentang benda ni kan. aku dulu selalu ternampak macam ada imbasan bayang-bayang. ada cakap dengan husben. so dia cakap banyakkan zikir, berselawat sebab time tu kita tak suci. senang je nak kena hasut.

dan ada jugak la saudara aku yang kena meroyan ni. nyaris-nyaris nak bunuh anak bongsu dia. sebabkan condition dia ta berapa bagus, anak tu orang lain yang jaga. ye la... takkan nak bagi kat maknya jugak kan walhal kita dah tahu conditionnya macam mana. jadik... elakkanlah daripada rasa stress tu ye kengkawan sekelian sebab kita tak tahu macam mana benda ni boleh hinggap kat kita. nak menghilangkan meroyan ni bukan senang. saudara aku tu makan masa bertahun-tahun. yang biras abang aku ni still dalam rawatan.

Ya Allah... semoga ENGKAU terus melindungi kami daripada segala hasutan syaitan yang direjam. lindungilah kami dari malapetaka yang boleh memudaratkan. sesungguhnya ENGKAUlah yang tahu rahsia di langit mahupun di bumi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Kenapa ada 2 kali perenggan pasal saudara tu. Heheh..

    Bahayanya meroyan ni. Saya teringat video yang heboh baru2 ni kat FB pasal mak yang pukul anak dia dgn bantal tu. Nampak gaya mcm meroyan kan?

    ReplyDelete
  2. mmg takut la aangin meroyan ni..kat umah kak fieda kt kg..ingat lagi masa zaman kak fieda kecik dulu..jiran sebelah umah kena meroyan ni lepas bersalin..sram tau..asal maghrib jer mesti dia buat perangai..dia hempas pintu kuat2 tak berenti..jgn la sesapa halang klu tak dia gigit..keluarga dia sume dah paham biarkan jer..jiran2 pun dah paham..tp pas gi berubat dah ok sikit..kdg tu kan mlm2 dgr sore dia mengilai mcm antu..eiii..seram la..

    ReplyDelete
  3. meroyan memang bahaya..pernah sekali ada suami cari isteri yg jalan tak balik ke rumah malam-malam...tinggal bayi baru lahir kat rumah jer...

    ReplyDelete
  4. sy xpnh tgk org meroyan tp selalu dgr org duk kata meroyan ni bahaya..

    ReplyDelete
  5. takutkan biler dgr macam ni.. selalu doa jgnlah jadi kat saya... maklum ar bile dalam mengandung dan pantang mmg sensetif sgt..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign