Fresh from the owner...

04 May 2012

Aksi adik-beradik.

Azfar dengan Kak Ngah.


Kak Ngah selalunya layan Azfar okay-okay je. tapi sejak kebelakangan ni dia layan kasar sikit. still sayang adik. still cari kalau hilang. tapi kalau dia main-main dengan adiknya tu tanpa kita tengok, kejap lagi lagi boleh tengok la aksi dia tarik telinga adik la. angkat dan paksa adik jalan. wah... tension kejap! kadang-kadang tu dia tolak je kepala adiknya tu. memang tension berganda. hahaha...

kalau Kak Long lain pulak. Kak Long suka angkat dan bawak Azfar berjalan ke sana sini walaupun hakikatnya Azfar tu dah nak hampir sama berat dengan dia. ngeee... hari tu, dia angkat Azfar masa aku ke dapur kejap minum air. aku naik tengok dia tengah dukung adiknya tu. Ya Allah... bila aku kata letak, dia bawak lari dan akibatnya? jatuh tergolek la sebab tersadung penyapu. 

adiknya pulak ada masanya macam tak kisah. tapi sejak dah mula nak dapat kaki ni, dia berbunyi la kalau ada yang angkat dia nak bawak ke mana-mana. kalau dia start melanyak kakak-kakaknya, dia siap duduk atas muka lagi. hahaha... bukan dia kisah pun. satu je. aku walaupun tak berkerja, tapi aku bersyukur sangat sebab aku dapat tengok perkembangan dia orang ni depan mata. 24 hours tanpa stop. pengorbanan yang satu akan diganti pulak dengan sesuatu benda lain yang cukup manis kan?

Azfar dengan Kak Long.




my foot: sayang kamu dna kamu dan kamu dan abah kamu juga. hahaha... opsss...!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. salam kenal.kiutnyeee! i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete
  2. Sis, sayang kamu jgk..
    Thanks sis atas kata2 semangat tu.. ;)
    Tersentuh hati tgk anak2 akak main sama2..
    Bahagia rasanya..
    Happy weekend & TC yer.. ;)

    ReplyDelete
  3. tunggu lah adik besar skit..mesti kena buli kakak2nyaa...hehe

    ReplyDelete
  4. anak munna pun kalau main kasar sgt ...kadang rasa mcm diaorg tu budak lelaki je..padahal dua2 gegirl

    ReplyDelete
  5. Sis, saya rasa bila besar skit nanti mesti azfar yg akan buli akak2 dia.

    ReplyDelete
  6. a'aa betoi tu kak.. kita yg xkeje ni untungkan.. setiap ms dpt tgk pkmbangan ank2 kan..

    ReplyDelete
  7. seronok dengar cerita ragam adik beradik ni.bkn apa rasa kesian dekat aiman yg dh 5tahun keseorangan tu.hehe

    ReplyDelete
  8. bahagia lihat mereka membesar dpn mata sgt berharga tu ling..

    ReplyDelete
  9. eeiii! baby2 yang comelll!!! geram la!

    ReplyDelete
  10. As salam K.Sal,

    Tiada yg manis selain dpt melihat anak2 membesar depan mata, dgn acuan kite sendri...

    Comelnye Azfar! Nak tergelak baca keletah anak2 akak ni... Mesti riuh je kan :)))

    ReplyDelete
  11. bagus dpt tgk anak membesar depan mata, satu hari nanti aku harap aku dpt gak jadi cam ko.....doa2kan ye.....kot terbuka hati nak brenti kije nih

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign