Fresh from the owner...

21 April 2012

Ya Allah... Jangan jadikan aku manusia yang lupa.

buka fb sebab semalam pun tak online sangat. biasa pun aku sempat la BW jugak dan jengah-jengah fb. tapi dua hari lepas ni tak berapa nak berkesempatan pulak. Azfar sekarang ni tidur sekejap je. cepat sangat sedar. dah la tu, tak berapa nak dengan orang pulak. nak tinggal lama-lama pun susah jugak. tapi yang pastinya, tak lama lagi dia dapat kaki la tu. InsyaAllah. sekarang ni dalam proses.

semalam aku ambik dengan hantar Kak Long ke sekolah. on the way balik tu, BIL called mintak tolong ambikkan anaknya kat sekolah. sakit kepala pulak. bila sampai kat sekolah, kena pulak la aku naik ke pejabat untuk isi form dan bawak balik anak buah aku tu. kat pejabat tu la dengar kerani bercerita ada seorang budak perempuan ni kononnya saudara dia datang ambik. ada kes kematian la apa la alasannya. ended up, mak budak ni jumpa dia tengah jalan-jalan dengan boyfriendnya. boyfriend dia la mengaku saudara dan datang ambik dia kat sekolah. dah berpakat la ni. anak-anak sekrang ni.

lagi satu, kenapa kena isi form sebab pernah jadik case kat sini. ada budak sekolah rendah katanya diambil 'saudara terdekat' sebab ada kematian. rupa-rupanya penjenayah. dia dah lama kot aimed budak ni. pergi jumpa cikgu kata nak ambik budak tu nak bawak balik tapi dia bawak ke tempat lain. jadik kes polis. aad polis keluarkan risalah siap dengan muka suspek tu lagi. apa jadi dengan budak perempuan tu? aku pun tak tahu. sebab aku dengar my sis yang cerita. masa kat office tu la kerani tu tanya siapa aku dengan anak buah aku tu. hahaha... dah sahih aku bawak anak dua orang. dengan muka tak siap naik pejabat tu.

cuma nak share apa yang aku jumpa di wall fb. tentang adik kecil ni:-


adik ni pesakit leukimia. aku sebenarnya bukan boleh tengok lama pic ni. kesian kat dia sebab budak kecik kan. sedangkan anak demam pun kita risau bukan main lagi, inikan pulak ibunya yang jaga anak yang sakit macam ni. Ya Allah... tabahkanlah hati si ibunya dan sembuhkanlah Amyra Balqis. cerita tentang adik ni boleh tengok kat fb ibunya, Erna Fantasia.

Ya Allah... kalau kita rasa kita dah diduga dengan hebat, sedarlah... sebab ada yang diduga lagi hebat daripada kita. kalau kita rasa putus asa, ingatlah... ALLAH sentiasa ada kerana DIA Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA. kepadaNYAlah kita berserah. semoga kita tidak jadi manusia yang lupa dan alpa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. mmg patutpun pihak sek ambil lgkah berjaga2, apa2 yg berlaku adalah t/jawab mereka semasa berada disekolah

    ReplyDelete
  2. a'aa bila dh jd gitu.. sek mmg patut buat camtu kn... risau gak...

    sy pun xsampai hati tgk ank dia sakit camtu kak... tgk ank org, tingat ank sndiri...

    ReplyDelete
  3. besar dugaan keluarga ni kan, semoga allah kurniakan kesabaran utk mereka

    ReplyDelete
  4. dekat sekolah pun macam2 hal jadi,takut gak ye..zaman skang byk sgt jenayah terancang dan sendiri dirancang.hehe..

    berat mata memandang berat lg bahu memikul

    ReplyDelete
  5. baguslah kalau sekolah buat peraturan camtu....

    kesiannya anak kecil itu..samalah kita berdoa agar anak kecil itu akan kembali sihat hendak-Nya

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign