Fresh from the owner...

24 April 2012

Ubat nyamuk dan Azfar.

Azfar memang lasak. aktif sangat. pantang lepa akan hilanglah dia. cepat je langkahnya. huhuhu... sangat suka dengan selipar. kalau dia dah start merangkak ke dapur tu, tak ada lain nak ambil selipar la. memang suka sangat dengan selipar. aku ada bercadang untuk belikan selipar sepasang untuk dia buat main. tapi kena tanya abahnya dulu macam mana. (",)

baru-baru ni masa nak pakaikan baju sekolah kat Kak Long, aku etak Azfar jauh sikit daripada bekas ubat nyamuk. awal pagi. nyamuk ada lagi. ada pulak baby kecik. nanti kena gigit nyamuk. sekelip mata je mamat kecik tu dah capai bekas ubat nyamuk. Ya Allah... bukan setakat capai bekas je, dia siap ambik ubat nyamuk menyala kat dalam tu.

aku dengar dia macam merengek sikit. aku ambik dia. aku nampak ubat nyamuk menyala tu jatuh kat bawah. dekat dengan kaki dia. boleh pulak dia capai benda alah tu dalam masa yang singkat je. aku tengok kat kaki dia ada kesan merah. aku letak kicap la. sebab kicap paling mujarab kalau terkena panas ni. nanti kalau dia cuit kicap tu mesti dia jilat punya. kicap manis memang sedap.


dekat kaki tu kesan ubat nyamuk jatuh la. tapi yang hebatnya tu, dia tak meanngis pun. cuma merengek sikit je. bagitahu ada benda jatuh dan dia sakit la. lepas tu okay je. ingatkan dekat kaki je. rupanya ada kat tempat lain jugak. boleh tengok pic kat bawah.


kat pipi tu kesan daripada bara ubat nyamuk tu jugak. aku tak perasan. sebab masa checked, tak timbul lagi merah tu. Ya Allah... aku rasa dia teruja dengan warna merah bara tu. dia cuba nak makan kot. tapi terselamat la. tak tahu macma mana. Allah tu Maha Berkuasa. peringatan pada aku yang terlepas pandang pada mamat kecik ni.

padahal aku letak dia jauh-jauh tu untuk elakkan dia daripada pergi dekat bekas ubat nyamuk. rupanya dia lagi pantas. sekarang ni kalau pasang ubat nyamuk, aku akan elak daripada dia nampak or letak kat tempat tinggi. bila dia dah tidur baru aku letak kat bawah. even kalau aku nampak dia nak ambik bekas ubat nyamuk tu pun kakak dengan abang sepupunya akan pergi ambik dan sorok.





my foot: lasak anak lelaki ni lain betul. sabar je la.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Kesiannya Azfar.. nasib baik dia anak yg kuat..:)

    salam perkenalan..

    ReplyDelete
  2. eh..ada 2 plk entry yg sama..

    ReplyDelete
  3. alahai cian kt azfar...ubat nyanyuk tui la..

    ReplyDelete
  4. biasalah, anak2 sedang membesar..anak saye plak pantang lepa pen..habis diconteng buku2..klau kite punya takpe gak..buku pinjam tu..dinding2 pun jd mangsa..sabo ajelaa

    ReplyDelete
  5. ADUHHH,MESTI DIA TERTARIK TENGOK UBAT NYAMUK TU..CIAN DIA..

    ReplyDelete
  6. say pakai yg jenis letrik punya sbb takut hero sya pegang ke main ke...huhuuu

    tpi sib baik sakng nyamuk dah takde...

    ReplyDelete
  7. alahaiiii azfar... siannya.. nasib dia merengek je kan...

    ReplyDelete
  8. mesti pedih tu...siannya..kena letak tempt tinggi pula

    ReplyDelete
  9. lor bahaya betullah.nasib azfar nie hero.tak nangis pun.sy kt rumah pakai ubat nyamuk letrik yg air tu.takde bau..asap2 mmg tak suka.lebih baik akk pakai yg letrik.yg tu takdelah bahaya sgt kan..budak2 besar azfar ni mmg tgh ligat...

    ReplyDelete
  10. azfar teruja sebab ubat nyamuk tu kan bercahaya dan berasap. mmg menarik perhatian dia la tu. kalau blk kampung, kita pun pasang ubat nyamuk. takpe kak azfar lelaki dia mesti kuat, takde hal punyala setakat kena ubat nyamuk tu. hahaaa.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign