Fresh from the owner...

28 April 2012

Tak sempat update blog tapi sempat jumpa blogger ini.

husben balik. jadik masa sangat berharga sebab baliknya cuma sebulan sekali. dah la tu kena berebut-rebut dengan budak tiga beradik. hahaha... aku selalu cakap dengan husben, cakap gurau je la, apa-apa hal mesti anak dulu. rindu anak isteri. anak dulu kan? husben kata dengan anak pun jealous. daripada mana datangnya anak? ngeee...

tambahan pulak budak dua beradik ni demam kecuali Azfar yang baru dapat selesema semalam. aiseh... mula-mula Kak Ngah demam. bila dah okay sikit, Kak Long pulak. cuaca memang tak menentu sekarang ni. kalau panas tu, panas sangat. tapi kalau hujan, hujan la kan. hohoho... memang masa yang singkat sangat aku hargai. nanti bulan depan pulak baru boleh jumpa lagi. sebulan lagi kena tunggu.

hari ni jugak jumpa blogger comel. aku ada tempah tudung bidang 45 dengan cik adik manis seorang ni. tengok dalam blog macam tembam-tembam je dia. tapi bila jumpa, kurus tinggi. kenal dengan Khumaera Ismail aka Mariam Ismail? tak ada ambik pics ye sebab dia pun nak pergi sarapan dengan husbennya. aku pulak tinggalkan dua orang anak dengan husben yang baru je setengah jam sampai rumah. mesti dia penat lagi. aku bawak Kak Long je sebab dia nak ikut. Kak Ngah dah tentunya melekat dengan abah sepanjang hari.

dah lama tak pakai tudung ala-ala budak zaman sekolah. ada plan nak labuhkan lagi tudung tu. tapi kena sikit-sikit la. insyaAllah, kalau kita berniat ke arah kebaikan dan dengan sedikit tekad yang kuat... Allah akan bantu kita. aku percaya tu. terima kasih ye Maera. cantik tudung tu. insyaAllah, ada rezeki nak order lagi. tapi warna lain pulak la. hehehe...





my foot: semalam makan lasagna lagi. my friend tu delivered ke pintu rumah. hahaha... RM10 sebekas. aku beli dua. satu husben dan satu lagi aku yang punya. tapi kongsi jugak dengan anak-anak yang makan western tu (Kak Long dengan Azfar je. Kak Ngah ni kadang-kadang perut melayu sikit).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. ooo umah akak dgn blogger tu dkt ek.. sbb blh ambik sendiri.. :-)

    wah, mkn lasagna lg yer..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign