Fresh from the owner...

07 April 2012

Sujud Syukur.



Dalam apa saja berita gembira yang diterima, memang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. bersujud syukur kepada Allah.

Dari Abu Bakar r.a bahawa “Nabi Muhammad s.a.w biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan baginda terus sujud kepada Allah.” (Ahmad ) 

Dan marilah sama-sama kita ingat bahawasanya segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam. Seperti yang diterangkan di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang seterusnya ini:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula." (Riwayat Tabrani).





my foot: sama-samalah melakukan sujud syukur.

sumber daripada FB


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. say selalu berazam mesti uat sujud syukur setiap hari lepas isyak tpi kdng2 ngantuk asyik termiss je...huhu

    kuat tul godaan setan kan....

    ReplyDelete
  2. mcmana cara yg betul nk buat sujud syukur ni..??
    ada bacaan2 tertentu ke atau just sujud sambil meniatkan kesyukuran..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign