Fresh from the owner...

02 April 2012

Sistem giliran bermula.

muahaha... pagi-pagi je dah rasa pening. lemau dan sedikit penat. kalau banyak pun takkan nak cakap jugak kan? cakap sikit je cukup la. sekarang ni dah bermula sistem giliran. starting hari Rabu tengahari Kak Long balik sekolah dan demam. membawa kepada Khamis dan Jumaat. disambung pulak oleh Azfar hari Sabtunya dan kemudian sekarang ni Kak Ngah pulak yang ambil alih.

hahaha... anak-anak ni memang tau. Kak Long demam tanpa meragam. ada la jugak mintak dukung bawak ke bilik la apa la. tapi tak teruk. Azfar demam, siap boleh main-main lagi seawal pukul 2 pagi dan 7 pagi sebelum meragam. alhamdulillah, lepas dua kali masuk ubat, baik terus dan boleh main macam biasa. tengahari semalam Kak Ngah pulak demam dan meragam sikit je. tapi badannya panas. jerlun dengan air asam jawa sebab ubat demam dah habis. nak tinggalkan anak-anak, orang-orang besar kat rumah ni tak ada. terpaksa bergantung pada paracetamol 250mg tu.

pagi ni suhunya nak cecah 39 darjah. panas sangat aku rasa. tapi dia tak ada la meragam pun. cuma mintak air dengan choclairs je. aku bagi la walaupun dah nak masuk awal pagi kan. tapi suhunya tak turun. masukkan ubat. tapi ubat tu cair sikit sebelum sempat masuk betul. itu menunjukkan betapa panasnya badan Kak Ngah. dan walaupun ada jugak Kak Long dan Kak Ngah tersedar lepas tu, suhu badan Kak Ngah turun jugak. tapi tak ada la on the spot. makan masa dua tiga jam jugak.

aku tak pakaikan dia baju langsung. pakaikan diaper je. dia kan tak pakai diaper dah. tapi sebab seluar baju tak pakai dan aku agak malas nak bawak dia ke toilet time demam-demam ni, aku pakaikan je la diaper. hehehe... bila nak selimut je dia kata dia tak nak selimut dengan selimut. dia nak kain batik je. hehehe... memilih okay. nak kain batik je. kalau hari tu dia nak dengan kain pelekat abahnya je. Kak Ngah memang anak abah.






my foot: semalam Kak Ngah siap menangis nak abah. adoii la... nasib baik jugak abahnya called cakap dengan si anak ni. plus, bila anak-anak sakit mood nak berblog macam kureng je. nak buat entri auto publish macam biasa pun tak ada mood. macam mana nak lancarkan GA Duet ni? huhuhu...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. skarang mmg musim dia... kat rmh lya ni pon skarang mama lya lak demam.. bgilir-gilir...

    btl tu..bla ank x sihat,,nk bblog pon xde mood kan... apa2 pon..moga k.ngah beransur sembuh..

    ReplyDelete
  2. skarang mmg musim dia... kat rmh lya ni pon skarang mama lya lak demam.. bgilir-gilir...

    btl tu..bla ank x sihat,,nk bblog pon xde mood kan... apa2 pon..moga k.ngah beransur sembuh..

    ReplyDelete
  3. aduhh demam nie memang musim lah dik
    akak dan suami punn baru lepas demam2 x menjadi nie .. ekkeke
    macam mana tuu ?? alahh nak demam tapi x jadi sbb kami makan ubat cepat2 ..

    ciann si kecik ... tapi ok dia x meragam ;)

    ReplyDelete
  4. sihat cepat-cepat ye kak ngah...

    ReplyDelete
  5. 39 agk panas tu..kalau sy terbungkang tak bangun2 dh...

    ReplyDelete
  6. Semoga semuanya cepat2 baik ye.. :D

    ReplyDelete
  7. bila ank skit hati kita mula resah kan...get weel soon dear

    ReplyDelete
  8. anak kecil memang dibiarkan separuh bogel kalau demam...anak sedara ema pun tiga2 demam serentak..malam tadi pergi melawat...baru makan ubat eloklah panasnya..tp hilang dos ubat panas datang balik

    ReplyDelete
  9. lahh hai kesiannya....

    ReplyDelete
  10. bila buat sistem bergilir ni la yg xlaratkn... jgn nanti kak sal pulak ambik giliran dh la..hihii

    ReplyDelete
  11. skrg mmg musim org tak sihat.mungkin sebab cuacakann...

    semoga cepat sembuh yeee..

    ReplyDelete
  12. cuaca tak menetu tu yg ramai budak2 tak sihat..anak2 kak fieda pun hampir2 nak kena gak..tp nsb baik tak melarat..

    ReplyDelete
  13. kalau tak lega juga jangan dibiar demam tu melarat.bawak g klinik ye..oh ye abahnya keje dimana?jauh ke dari rumah?kesian anak2 rindu pada abah..

    ReplyDelete
  14. Moga kak ngah segera sihat ye, mmg musim skrg ni

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign