Fresh from the owner...

27 April 2012

Sedapnya lasagna.



ada entri makan-makan di pagi hari. hehehe... ini lasagna. pada yang tak tahu la. yang dah master dengan western mesti tahu punya. to be honest, ini first time aku makan lasagna. hahaha... tak ada la pelik sangat sebab sebelum ni tak pernah terbuka hati pun nak makan lasagna. setkat spagetti, macaroni tu biasa sangat dah. tapi lasagna belum pernah cuba.

sampai la aku dok tengok member aku ni dok buat lasagna. macam sedap je. tengok pulak daripada feedback orang ramai pun semua komen baik-baik punya. belum ada rasa nak buat sendiri sebab kalau aku buat pun aku yang kena makan sendiri. hahaha... orang lain tak berapa nak makan. husben pulak tak ada nak kongsi-kongsi.

so, aku order la satu dengan dia. nak test rasa. lagi pulak dia boleh delivery terus ke rumah. so takde hal la nak pergi ambik dekat rumah dia kan. kalau tak ada delivery, mungkin la sampai sekarang ni aku tak makan-makan lasagna ni. ngeee... pergh... sedap jugk dia buat! berbaloi la dengan harganya tu. Azfar makan banyak. Kak Long boleh la. cuma Kak Ngah kata tak sedap. aku makan pulak dengan anak buah aku. dia pun kata sedap. tak cukup pulak sebekas kecik tu.

ingat, nak order lagi la minggu ni. kalau husben balik boleh la ajak dia makan-makan yang mana aku tahu end upnya mesti aku yang kena habiskan. tapi tak apa la. aku cuma nak dia rasa je. next time dia mesti cakap nak makan buat sendiri la. bahan-bahan dia la yang cari. aku boleh je buat sendiri. okay... motifnya malas nak keluarkan duit untuk beli barang yang tak seberapa tu. huhuhu... ala, dia bukan selalu balik pun. sesekali balik la boleh mintak macam-macam. bukan anak-anak je boleh mintak. ibu anak-anaknya pun boleh jugak ye. ^_^







my foot: okay... kalau rindu sangat memang sampai termimpi-mimpi. hahaha...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. lasagna memang sedappp.. suke jugak makan.. nak bua memang malas.. lagi² kulit dia kene rebus dulu....

    ReplyDelete
  2. pernah dulu makan kat pizza tak silap..mmg masuk kat tekak i hehehhehe

    ReplyDelete
  3. saya juga suka lasagna..memang sedap pun..

    ReplyDelete
  4. Pernah lalu masa suami posting kat Sudan dulu. 2 bulan sekali baru boleh jumpa. Pernah 3 bulan. Siap nangis2 lagi. Bila dah lama sangat kena tinggal. Boleh adapt. Tapi masih rindu..;) ya lah siapa yg tak rindu kalau pasangan duk jauh.

    Lasagna ni masa kerja di Ampang dulu selalu makan. Sedap diorang buat. Bila makan kat kedai lain rasa tak sesedap kedai tu. Tiba2 rindu pula zaman mkn Lasagna dengan kwn2 dulu ;)

    ReplyDelete
  5. sy suka lasagna....barapa ni kak?

    ReplyDelete
  6. nmpknya sy blum tau hubby akak keje jauh ke? berjauhan rupanya ek?

    ReplyDelete
  7. sy pnh mkn lasagna tp x ingat dah samada memnuhi selera saya or x..hahhah

    ReplyDelete
  8. wah, klu ramai suka maknanya kenalah buat sendiri...hehe

    tpi mmg sedap kan...

    klu kat secret recipe, dia mkn dgn roti...

    ReplyDelete
  9. sy pun tak pernah makan lasagna nie.haha lepasni boleh google carik resepi..haha

    ReplyDelete
  10. Saya ada menjual lasagna secara online. homemade tomato sauce. penghantaran sekitar kl dan selangor.alhamdulillah setakat ni customer berpuas hati dgn rasanya.. kalau nak mencuba boleh hubungi 013-3738861

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign