Fresh from the owner...

15 April 2012

Pusaran angin.



semalam memang tak update blog sangat. sebabnya? ada ke yang nak tahu sebab ni. hehehe... rumah ayah aku ni kan kena 'terjah' dengan angin pemberian Allah SWT. jadi atap-atap zink tu berterbangan la. terbuka la bahagian yang sepatutnya tertutup. rumah kampung beratapkan zink. memang daripada mula. ayah aku pun tak tukar. asalnya rumah ni cuma satu bahagian je. bahagian tengah berkayu yang mana bilik aku berada sekarang ni. kemudian my dad tambah bahagian kedua yang jadik ruang tamu dapur. kemudian tambah lagi bahagian dapur dan bahagian ruang tamu depan.

bahagian dapur tu kurang sempurna la sikit. sebab ayah aku buat berhenti buat berhenti. dah banyak kali cakap dah, zink tu paku la. kalau tak susah nanti. tapi macam yang ayah aku cakap semalam la masa tengah betulkan atap tu: "Bila masa hujan baru teringat nak paku. Esok kalau tak hujan nak naik atas la paku. Tapi esok, bila tengok cuaca okay sikit je mula cakap... nanti la dulu." okay, memang betul pun. tambahan pulak my dad tak berapa nak sihat sekarang. lututnya sakit.

jadik dapur tu banjir la semalam sebab air hujan masuk mencurah-curah. tak ada la nak ambik-ambik gambar time ribut, petir segala tu. aku cakap dengan ayah tak payah buat la. esok je buat sebab guruh berdentum, kilat sambar-menyambar. tawakal je. ended up memang tertutup la bahagian yang lompong tu jam 4 pagi. ayah aku nak jugak tutup semua sementara nak tunggu siangnya. alhamdulillah... anak-anak tak meragam sepanjang masa aku menolong tu. cuma Azfar la bangun menyusu dua kali.

pukul 1 pagi dah mandi hujan. dah siap tolong semua dah tak boleh nak tidur. bila pagi, rumah macam tongkang pecah. hahaha... Azfar pulak tak nak dengan orang. nak tinggal sidai baju pun kena tunggu ayah aku balik. alahai... budak kecik seorang ni.





my foot: pergh... panjang tak cerita aku? ada yang rajin nak baca ke? tak apa... esok-esok aku boleh baca dan tahu, aku pernah spent sepagi dengan ayah aku dok betulkan rumah. -_-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. ya allah mesti budak2 pon takut masa tu kan, syukurla tiada apa yang berlaku...harap2 atap dah ok hari ni

    ReplyDelete
  2. uishh takut jugak kan dik
    di pekan nie punn angin dan hujan kuat .. semalam mlm aje x ujan .. huhuh

    ps : ye ke hurmmm akk x pasti lak kdg2 tu dik internet connection yg menyebabkan loading dia slow .. so far x der pula kawan2 blogger yg cakap loading lambat blog akk tuu .. hurmm nanti try layie ekkk ;)

    ReplyDelete
  3. lor mesti gabra juga jadi macam nie.nasib takde apa2.kesian ayah akak dan akak sekali kena berjaga smp pagi..

    ReplyDelete
  4. uiii ngeri. sedangkan titik hujan kena atap zink tu pun kita tak suka bunyinya. bising. inikan pula siap angin ribut bagai, mmg ngerilah. harap semuanya ok kak.

    ReplyDelete
  5. masyaAllah...

    sib baik takde kecederaan jiwa..

    so sakng semua ok tak?

    ReplyDelete
  6. Ya Allah.. bahaya tu kak... nsb ayah akak x g pnjat gak bumbung tu time ujan2 tu...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign