Fresh from the owner...

17 April 2012

Pinggan makan abah saya.

apa kes sampai pinggan makan ayah aku pun aku nak cerita. hahaha... ada orang jenis kalau nak makan ke apa ke mesti dalam pinggan dan cawan yang sama je. tak boleh tukar. kalau tak nanti tak nak minum dengan makan. macam aku okay je lagi. selagi pinggan mangkuk banyak, on je. tapi hubby dengan anak-anak pun sama la aku tengok. kadang-kadang budak-budak ni memilih. kalau nak dalam cawan dia, cawan dia je la. tak boleh tidak.

kalau rumah kat Johor memang dah ada cawan dengan pinggan masing-masing. kat sini je main hentam. tapi cawan tetap ada cawan sendiri. macam aku jugak. ada cawan sendiri untuk buat air manis. kecik je mugnya. tapi kadang-kadang tu saja je pergi cari bekas besar jugak untuk buat air manis. minum sekali harung je. nanti kalau nak minum air, minum air masak la. air manis dah tak boleh minum dah sebab tadi dah minum segelas besar punya. hahaha...

PML ek ni?


ini la pinggan makan my dad. peninggalan arwah my mom. my dad cuma makan dalam pinggan ni je. kalau pinggan ni pecah, sure tak makan seminggu la alamatnya. nasib baik ada spare lagi dua pinggan. sebelum ni dah pecah satu tapi my sis sempat gantikan. disebabkan corak bunga dan bentuk pinggan sama, tak ada la dia perasan.

ini pun dah ada kesan sumbing sikit. pinggan lama. mungkin bila dia makan dia teringat my mom kot. alahai... ayahku. sabar je la. tu la... suruh kawin baru tak nak. sampai aku dah ada anak pun tak nak akwin-kawin jugak setia pada yang satu la ni. huhuhu...





my foot: walaupun ayah aku ni kuat membebel (ganti my mom. my sis kata my mom kuat bebel. hehehe...) tapi dia tetap ayah terbaik la. mungkin ada kekurangan dia tapi kita pun apa kurangnya kan?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. hihi PML tu sis...mahal harganya skrg..org dok simpan dlm gobok antik skrg nih...:)

    ReplyDelete
  2. heheh..samalah dengan ayahda izan...walau dh berganti pinggan baru still nak pakai pinggan lama.corak sama cam tu laa..tapi my hubby...sejak mula kawin dia setia dgn pinggan makan nasi dia warna biru....sampai sekarang...lucukan....

    ReplyDelete
  3. Pinggan lama.. Rumah arwah tok opah dikampung pun ada pinggan ni.. Bunga warna itam warna marron.. Macam2.. Cantik unik kan?! :D Tebal lak tu..

    ReplyDelete
  4. ada sentimental value tu..

    ReplyDelete
  5. sekarang saya jumpa pinggan jenis ni kat rumah nenek saya je..huhu

    ReplyDelete
  6. TINGAT PINGGAN NI MS SY KECIK2 DULU.. NENEK SY ADA BYK DULU.. NOSTALGIA KN... :-)

    ReplyDelete
  7. sama ngan ayah aku, tapi ayah aku mug la plak, kalau org guna mug dia, trus dia xmo guna mug tu lagi hehehehehehehe x paham tol, tapi kan anisalya, pinggan tu pinggan lama, org jual mahal tau pinggan jenis nih......byk org wat jual skang, sebab sentimental value dia, aku ada gak tea set jenis nih, mahal gak beli, tapi sebab suka, simpan la satu set!

    ReplyDelete
  8. kat rumah mak pun ade pinggan² lama mcm ni.. nak mintak maluu.. saje jer nak jugak ltk kat rumah buat kenangan.. nostalgiakan...

    ReplyDelete
  9. teringat plak kenangan masa sekolah2 dulu..ada pinggan khas utk gee sorg je..org len takleh makan pakai pinggan tu...pinggan gambar pemandangan warna cekelat.....antik punya..tak taulah ade lg tak kt umah kpg...cam dh pupus je

    ReplyDelete
  10. pinggang lama ni...susah dah nak dapat sekarang..

    ReplyDelete
  11. hehe baru tahu ada org cop pinggan,klu pinggan lain tak nak makan.so far famili sy n en suami takde lagi tabiat macam ni.selagi bersih kami on jer pinggan yg mana pun..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign