Fresh from the owner...

03 April 2012

Pentingkan diri sendiri.



selalu kita dengar, kalau anak-anak sakit kita nak sakit tu kalau boleh. betul kan? transferlah sakit tu pada kita asal jangan anak-anak yang sakit sebab kita tak sampai hati tengok dia orang menderita. tapi aku tak pernah cakap macam tu. dan mungkin tak akan cakap kot.

pentingkan diri sendiri kan? boleh tahanlah. sebabnya kalau kita yang ambil sakitnya dan kita yang jatuh sakit, siapa yang nak tengokkan anak-anak? suami? kalau dekat bolehlah cakap. kalau masing-masing duduk jauh? ibu tunggal pulak macam mana? kalau dia orang yang ambil sakit, siapa yang nak kerja? siapa yang nak masak dan bagi makan anak-anak?

tak apa la anak-anak sakit. mungkin ada sesuatu yang kita dah buat salah dan Allah turunkan pada anak-anak untuk kita fikirkan apa silapnya kita. ini jugak merupakan sebahagian daripada ujian Allah. kalau hal sekecil tu  pun tak dapat kita tempuhi, macam mana pulak dengan yang besar? ambil sikit, boleh la. kita share sama-sama. 

anak-anak jatuh sakit, ibu masih boleh jaga dan buat benda lain jugak. boleh hantar anak-anak ke hospital lagi. tapi kalau ibu yang sakit macam mana? tak tidur malam demi jaga anak-anak pun okay lagi. meragamlah selagi boleh ditahani. contohnya aku la kalau kena migrain. kesian kat anak-anak sebab tak boleh nak melayan. memang dia orang terpaksa bawak diri sendiri. Azfar lagi kesian. kena duduk memerap dengan aku je la. huhuhu...

hati memang sedih la bila tengok anak-anak sakit. dalam hati ni hanya Allah je tahu. tapi itulah kita. memohon dan berdoalah dengan Allah. semoga apa yang tersirat di dalam hati terus didengari. hanya DIA yang Maha Mengetahui dan DIA juga Penyembuh segala lara dan duka di hati. Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMU ini...





my foot: senyumlah walau seberat mana dugaan yang menimpa. ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. betul tu..setuju sgt2 dgn kata2 ni... kita doakanlah agar terus dikurniakan kesihatan y baik2..supaya blh mjaga ank2 kita dgn sebaiknya kan... lya faham sgt rasa..kalo diri ni y sakit... bygkan..x dpt berikan perhatian pd anak n suami...

    ReplyDelete
  2. betul!!! kita kena jaga diri kita dulu baru org keliling kita akan rasa bahagia ;)

    ReplyDelete
  3. ma dan abah mesti tak tidur bila deno sakit... lagi2 kalau duduk wad..

    ReplyDelete
  4. mmg sedih sgt bila anak2 tak sihat. apa yg kita boleh buat ikhtiar dan berdoa agar cepat sembuh. saya selalu berdoa jgnlah ditimpa sakit yg teruk pada saya kesian iman nanti. siapalah nk tgk dia. apa pun dlm hidup ni apa yg terjadi terpaksa ditempuhi jua.

    ReplyDelete
  5. selalu muhasabah diri klu anak tak sihat, terpikir² ade dosa ke.. ermm.... dan hati mmg rungsing...

    ReplyDelete
  6. betoi kak.. bila ank sakit.. kita jd sedih n susah hati sgt2kn.. lbh2 lg cam akak ni kne handle sendiri...

    ReplyDelete
  7. semuga anak-anak akak sihat yer

    ReplyDelete
  8. BETUL JUGA TU.... YASMIN BARU MULA DEMAM MLM TADI... INGATKAN NAK EL...TAPI ADA KERJA PENTING KAT OFIS..HARAP2 DIA TAK MERAGAM.... DAN CEPAT SEMBUH

    ReplyDelete
  9. sy pun tak pernah akap mintak transferkan sakit anak ke saya.mungkin juga Aiman jarang sakit.

    Semoga tabah ye..bukan senang utk menggalas tanggungjawab kalau suami tak ada disisi..

    ReplyDelete
  10. akak kena kuat.....mesti dan harus...anak2 perlukan akak tue....insyaallah semua akan baik2 je..budak2 cepat je terjangkit,antibodi masih lemah tu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign