Fresh from the owner...

19 April 2012

Okay... boleh tukar sim prepaid.

hari ni lambat sikit bersiaran disebabkan prepaid dah tamat tempoh. hahaha... sedar tapi buat-buat tak sedar. untuk maxis ni aku ambik pakej weekly sebab broadband celcom aku akan kembali hari ni, insyaAllah. tunggu posmen hantar je. memang mahal la guna maxis ni. Ya Allah... cekik darah. masa beli orang kedai tu cakap monthly cuma RM50 tapi yang sebenarnya RM58. Weekly RM25. Daily RM8 untuk sehari. kalau dua hari RM10 untuk 0.5gb. pergh... orang kedai tu pun sama je. patut la tak berapa nak laku. baik pakai instanet celcom je lagi baik. beza banyak tu. kenapa tak guna streamyx? kalau guna streamyx alamatnya budak-budak rumah ni tak buat kerja lain. mengadap komputer je la.

panjang pulak membebelnya. ngeee... nak cerita apa ye pagi ni? banyak cerita tapi dah nak masuk time cooking-cooking la. kena buat entri separa pendek je la dulu. me chat dengan adik seorang ni semalam. entah la... semalam mood baik pulak. siap boleh chat fb lagi. hahaha... dia mintak aku motivate dia sebab dia rasa down sangat. at certain times la. sebab dia belajar dan still tak habis-habis lagi. daripada ramai-ramai yang pergi belajar kat Universiti Al-Azhar tu, cuma 2 orang je grad. okay... memang tough. sistemnya la.


aku tak ada la pandai sgt nak motivate orang ni. tapi pernah lalui zaman down macam tu bila aku pilih course sebab ayah aku nak sangat aku masuk course tu tapi ended up aku tak boleh teruskan. sebenarnya bukan tak boleh nak teruskan tapi aku tak ada semangat nak teruskan. tak ada orang motivated aku time tu la. time exams aku buat main-main je tapi alhamdulillah... still lulus. tapi tak ada kesedaran sampai la bila dah berada kat hujung-hujung. masa tu baru la masuk dalam kepala kenapa tak teruskan. aku dah pergi jauh tapi macam tak sedar-sedar jugak. kenapa tak quit awal-awal?

entahlah. last effort memang belajar habis-habisan. tapi aku tahu, silap sikit je memang kena la sebab dah kena warning pun. untuk kali terakhir. killer subject aku score. aku even kalahkan budak yang suka sangat dengan subjek tu. nampak tak betapa boleh buatnya aku. tapi itu je tak cukup untuk naikkan CGPA yang memang dah hidup segan mati tak mahu. tapi aku belajar banyak benda daripada situ. apa-apa pun, diri sendiri la jangan  give up. jangan peduli apa orang cakap. biar la apa nak jadik pun jadik la. kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh? bila tukar course, alhamdulillah... pointer tak pernah turun bawah 3.

orng boleh cakap macam-macam. bila tengok orang dah kerja dan habis belajar pun boleh buat kita stress dengan rasa down. tapi kena ingat. semua tu dugaan. Allah sayangkan kita. sebab tu DIA uji kita macam tu kan? be strong. be positive and be you. kena selalu stay positive plus carik orang yang boleh motivate kita selalu. apa pun... don't give up.






my foot: dik Pia, if you read this... jangan putus asa la. kena ada extra semangat untuk habiskan semuanya. good luck untuk exams ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. Yes!! I Can do It!! tgh think +ve, lg sbulan nak final exam..huwaaaa :)

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali celcom. Jangan la rasa down sbb tak kerja. Saya plak jeles dgn awk sbb awk surirumah. Heheh. Kesimpulannya... manusia memang selalu je rasa org lain lagi baik. heheh.

    ReplyDelete
  3. celcom ok jugak, kalau gune computer ok, tp kalau gune lappy terhegeh2, itu kalau kt umah ajulah heheheh

    ReplyDelete
  4. belajar ada stress..kerja ada stress....jadi surirumah pun ada stress....

    apa2pun buat dgn sungguh2...pelan2 kayuh pun takpe...harap adik tu dpt motivate diri dia utk bersemangat belajar...

    ReplyDelete
  5. kesedaran diri kita sendiri sudah cukup memotivasikan diri sendiri :)

    ReplyDelete
  6. kalau hp memang semua kaum kerabat ema pakai celcom..cuma internet ada yang pakai digi, maxis, p1Max..entahlah laju ke tak laju...jarang sangat pakainya..opis lagi laju..hehehe

    ReplyDelete
  7. setakat ni sy tak pernah lg rasa down yg amat sgt,mmg tak ada pengalaman so ssh nak rasa keperitan org..klu nak motivate tu mmg boleh sikit2 tp org yg pernah mengalami pengalaman msti lebih arif..:)

    ReplyDelete
  8. betoi2 jgn cpt putus asa.. jdkan kejayaan org lain sbgai semngat kita utk terus berjuang :-)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign