Fresh from the owner...

03 April 2012

Nak buat macam manalah ni.

suhu Azfar tetap tinggi pagi tadi. walaupun dia main-main, tapi tak aktif macam biasa la. adoiii... risau betul la hati aku ni! lepas tu muntah. lagi la risau. dah la dia tak nak makan. paksa makan pun tak nak jugak. dia cuma makan bubur tiga suap, jelly 3 bekas kecik tu dan air masak sikit. itu semalam punya. bila muntah bukan ada makanan pun keluar. muntah hijau dah. pagi tadi langsung tak makan apa-apa. ubat memang susah nak bagi sekarang. dia reject. kalau bagi jugak nanti dia muntahkan semula.

bawak ke klinik kena tunggu sebab orang ramai. kat klinik ni jugak la aku buat checked up masa pregnantkan Azfar every month sampai la dah nak dekat bersalin. doc pun dah kenal sangat dengan Azfar (actually, doc ni kenal ayah aku. masa dia kerja kat hospital kerajaan, ayah aku kerja situ jugak as PPK. jadik kalau aku datang mesti dia tanya ayah aku sihat ke tak). hari tu aku dah datang. masa tu Azfar baru je baik demam tapi macam ada kahak dalam tekak. kali ni datang demam pulak la hero handsome ni.

bila dah tengahari, badan Azfar pun rasa makin panas. muka dah merah-merah. doc kata memang suhu dia tinggi. kena pulak dia meragam. tak nak langsung orang lain pegang dia. bila doc tanya dia senang nak makan ubat tak, aku jawab susah sikit sekarang sebab kalau dia makan apa-apa je muntah. tak makan apa-apa pun muntah jugak. jadik masuk ubat la. dapat ubat muntah jugak dengan antibiotik. balik rumah still panas badannya dan sekarang ni dia tengah tidur lepas muntah untuk kesekian kalinya. kali ni dah keluar kuning dah. alahai anak ibu. berganda-ganda risaunya.








my foot: risau sangat kalau Azfar ni demam takut jadik macam hari tu kena warded. Ya Allah mintak dijauhkan la semuanya tu. doakanlah Azfar cepat sembuh ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. semoga Azfar cepat sembuh...mmg risau bila baby demam ni...

    ReplyDelete
  2. kesian azfar. moga dia cepat sembuh. mmg risau kalau anak tak sihat.

    ReplyDelete
  3. alamak..get well soon..beby

    ReplyDelete
  4. kesiannya....speedy recovery ya! Mmg risau sgt2 klu anak sakit.

    ReplyDelete
  5. sy yg bc ni pun susah hati... alisha yg demam kne cucuk pun sy menangis bagai.. ni kan pulak mcm azfar.. mg cpt sembuh yer azfar sayang...

    ReplyDelete
  6. ciannya azfar, moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  7. La ciannya budak tenit ni demam yee..
    nnt suruh umi bagi mkn ubat ye...biar cpt sembuh...

    ReplyDelete
  8. mmg risau bila nak kecik sakit.kesian azar..cpt sembuh ye sayang..:)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign