Fresh from the owner...

20 April 2012

Mood tak berapa nak sampai ke laut.

semalam tak sempat pun nak BW. budak-budak ni dok berebut nak guna broadband. adoii la. tension betul. nasib baik la mak saudaranya baik hati. muahaha... my sis yang berkampung dekat wad dengan my BIL tu pun dah balik semalam. kena tunggu tiga minggu lagi baru tahu keputusan tangan dia tu macam mana. dan semalam jugak baru aku tahu fistula tu macam mana.

dan semalam jugak, modem dan celcom instanet aku dah kembali ke rumah. hehehe... favorite posmen yang hantar. aku suka posmen ni sebab dia selalu je senyum. age between 26-28 la kot. tambah-tambah sekarang ni dia selalu je kena hantar barang-barang aku. lagi la ramahnya. ada dua posmen yang biasanya hantar surat area rumah aku ni. tapi untuk dua minggu ni, dia je la hantar. manis mukanya.



semalam dia tanya aku ada anak berapa orang dah? hahaha... dia pun dah kawin ye. anak dia dah dua. dua-dua lelaki. mana aku tahu? aku nampak dia sent wife dia ke klinik. tapi masa tu tak ada la kenal-kenal lagi. cuma aku cam la dia sebab dia posmen yang selalu hantar surat kan? memang wajib cam rupa paras posmen ni. senang kalau tersilap hantar surat boleh jugak kutuk-kutuk posmen tu. ^_^ sebabnya dia orang ni memang selalu jugak la salah hantar surat. apa la.

dia cakap jugak, hari-hari ada je barang sampai. mana ada hari-hari. tipu je lebih. itu la kan. ada posmen yang bikin sejuk je hati time nak ambik surat. ada tu kadang-kadang senyum pun tak nak. yang mamat ni senyum je memanjang. kalau terserempak dia bawak anak dia jalan-jalan pun dia senyum je. bagus la tu. sedekah. pahala free yang bukan semua orang nak.

tiba-tiba je cerita pasal mamat posmen ni kan? ada masa rasa annoying jugak. sengih je. mesti kena bebel dengan wife dia pun dia sengih jugak kan? hahaha... lagi annoying kalau macam tu. apa-apa pun, kalau tak ada encik posmen ni belum tentu modem dengan celcom saya kembali dengan selamat. terima kasih ye.





my foot: nanti-nanti BW je. tengah nak biasakan dengan skrin kecik 7". adoiii... rasa macam malas pulak nak bagi lappy ni kat husben. hahaha...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. hehe...abg posmen yg suka sengih...kalo kne marah pn sure still sengih2 lagi.huhu.

    ReplyDelete
  2. wah baguslah dpt en posmen yg kenaln murah dengan senyuman.tmpt sy posmen masukkan dalam peti surat saja.hehe..

    tp bengang gak klu pos laju tu posmen muka kelat je..emm

    ReplyDelete
  3. mood nk cuti ke? hehe~

    hari ni hari jumaat, pikiran melayang nak curi sabtu ahad...:D

    ReplyDelete
  4. kalau takde posmen camne agaknye ye..hehe

    ReplyDelete
  5. a'aaa kalu yg jnis sk senyum.. xkiralah samada posmen ke apa ke... mesti buat kita rs sejuk je hati berkerja dgn dia kn..hihi

    ReplyDelete
  6. Inapun suka sgt kat "abg posmen" area umah ina tu sis..
    Tp dia bkn anta brg ke surat..
    Dia WAJIB blk ke rumah..
    My Hubby ler..
    Ekekekekekkkekeke!!
    Mode gatei skit skrg ni.. ;p
    Take care & happy weekend yer.. ;)

    ReplyDelete
  7. jangan sengih gatal udah ler.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign