Fresh from the owner...

03 April 2012

Mood ke laut dan GA yang tertangguh.



nak kata tak ada cerita, cerita tu banyak je. tapi selagi keadaan anak-anak ni tak menentu, selagi tu la mood untuk blog ni ke laut. tapi update jugak la. hehehe... nak berblog dengan anak-anak yang tak sihat ni? tak susah tapi time dia orang tidur tu rasa macam nak ambil selelap jugak. senang bila malamnya dia orang tu kerap jaga tak ada la rasa mengantuk sangat. macam la sebelum ni aku tidur siang jugak kan?

Kak Long alhamdulillah, dah sihat dan ke sekolah macam biasa. Kak Ngah ni tak fully recovered lagi tapi tak meragam dan boleh main dengan makan macam biasa. cuma Azfar la selalu buat aku risau terlebih. hari Ahad dia dah okay kan? main, makan... semuanyalah. pagi semalam aku rasa kepala dia macam suam-suam. bila petang je, suam-suam dah jadi panas. kesimpulannya dia demam semula. wah, ni rotation yang macam mana ni?! bila dia demam dan meragam, itu bahaya. yang kena warded bulan  2 tu sebab dia demam dan meragamlah. kalau dia demam dan still boleh main, bergelak ketawa macam biasa, insyaAllah... tak ada apa-apa.

menjawab pertanyaan puan kutu, abahnya kerja kat Johor. anak-anak dengan ibunya ditinggalkan kat Pahang. sesekali abahnya ada la balik. kenapa tak ikut? panjang ceritanya. cuma yang boleh cakap, untuk dapatkan sesuatu yang lain, kena korbankan sesuatu yang lain pulak. ala, macam belajar ekonomi. ada kos lepas tu. hik...hik...hik... okay muni?! memang sedih la bila mana ada anak abah ni mintak abah time demam (time tak demam tu mintak jugak), tapi abah tak ada. nak buat macam mana. abah tu lagi sedih bila anak-anak dia macam tu. huhuhu...

cuba jugaklah untuk melancarkan GA yang tertangguh tu. kalau berkesempatan. insyaAllah. selamat menjoinkan diri ye bila GA tu dah dilaunchkan. wah... ni nak try untuk balas kunjungan kamu dan kamu dan kamu. kalau tak berkesempatan, aku akan buat berdikit-dikit. wish me luck. 

 kalau still tak sihat jugak Azfar ni harus la bawak ke klinik. tapi kadang-kadang yang dapat pun cuma ubat demam je. kecuali kalau bawak time dia tengah panas tu, dia orang masukkan ubat dan mintak kita jeramkan anak tu sampai hilang panas baru boleh balik. aku kat rumah tak jeram. bawak mandi. cuma malam-malam je la kena jeram. nak bawak mandi sejuk. kesian pulak. nak bawak ke specialist, jauh di Kuantan nun. sekarang ni tak ada orang kat rumah my dad ni. my sis berkampung kat HTAA dengan my BIL. nak bawak anak-anak bukan senang. tak ada orang besar yang boleh pegangkan. huhuhu...




my foot: macam ni la kalau semuanya di atas pundak patik. semuanya patik kena selesaikan sendiri. tapi kena consult husben jugak. kalau dia kata okay, baru go on. kata-kata husben ni lain sikit. masin!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. sabar ye, semoga semuanya kembali sihat, budak2 nak membesar gitulah

    ReplyDelete
  2. Takpe, selesaikan yg pting dlu...
    Bsar dugaan somi jauh kan, kuatkn smangat ye;)

    ReplyDelete
  3. budak2 kalau demam kdg2 mmg melarat sampai masuk wad.. anak buah deno mcm tu jugak.. semoga azfar cepat sembuh... :)

    ReplyDelete
  4. huhu..xpela awak..y penting biar anak2 sihat dulu.. lps ni blh la lncarkan ga tu kan...

    lya dakan agar mrk cpt2 sembuh yer

    ReplyDelete
  5. moga azfar cpt sihat.. sian akak.. nak kene handle sorg2..

    ReplyDelete
  6. betul tuu kalau anak tak sihat mmg mood kelauttt jer.. tp jangan terjun laut tau hihihihihi

    ReplyDelete
  7. SEMOGA AZFAR LEKAS SEMBUH YE..BILA ANAK TAK SIHAT MMG SUSAH HATI DI BUATNYA

    ReplyDelete
  8. oh ye baru tahu..tp tak ada la jauh sgt Johor dan Pahang,mesti abahnya selalu balik kan..mmg perlu berkorban sikit,tp boleh belajar berdikari..:)

    GA tu tangguh pun takpe,pastikan anak2 sihat dulu baru ceria n gembira nak lancarkan..hehe..

    ReplyDelete
  9. susah kan bila suami jauh...err,eca ne bakal-BF pula jauh.ntah sudi ke tidak dia pndah sini.ahahah. :D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign