Fresh from the owner...

05 April 2012

Masih bercerita tentang anak-anak.

aku ni tidur pun macam tak tidur jugak. bila ada je anak-anak yang sakit cepat je alert dengan sekeliling. Kak Long batuk, Kak Ngah badan panas, Azfar pun kepalanya panas jugak. Kak Long aku bagi ubat batuk. senyap sekejap. lepas tu batuk semula dan kemudiannya tidur lepas minum air masak.

Azfar kureng lena pulak malam ni. bagi susu pun menangis. tak bagi susu pun menangis jugak. tak tahu la kenapa. nak bawak tidur buai, kat ruang tamu dapur tu nyamuk. even pasang ubat nyamuk sampai dua pun ada jugak nyamuk lagi. nyamuk ni kadang-kadang datang daripada sekawanan lembu. selalu jugak ada lembu-lembu masuk dalam kawasan rumah ayah aku ni. dok tidur kat sini. tuan dia orang ni macam tak kisah je. time ayah aku bela lembu dulu, asal lembu terlepas keluar dan tak balik, laju je mulut dengan langkah kaki orang tua tu pergi cari sampai dapat. eh, bercerita pasal lembu la pulak. ngeee...

comel tak style saya duduk?


Kak Ngah boleh pulak bangun ajak pergi kedai Cik Lina. hahaha... kedai tu dekat taman perumahan kat sini. Cik Lina tu jugak kawan my sis. Kak Ngah tu sibuk nak beli gula-gula la. dia sekarang ni kalau demam je sampai menggigil-gigil. terpaksa la selimutkan. tapi bila selimut, suhu dia jadi lagi panas. nak basuh dengan jerlun badan dia kadang-kadang dia tak bagi. sebab sejuk. kadang-kadang kita yang tua ni pun takut dengan air bila rasa seram sejuk tu datang. aku cakap dengan dia, kalau demam macam mana nak pergi kedai Cik Lina. cepat je dia bagi lap badan. kadang-kadang pergi mandi terus. hahaha...

yang aku tak paham budak-budak ni, bila bagi ubat je sekejap je baiknya. lepas tu panas semula. kalau tak, dia orang ni akan take turn. mula-mula Kak Long (Kak Long demam direct), lepas tu Azfar. Azfar dah okay, Kak Ngah pulak. lepas Kak Ngah baik, Azfar semula dan kemudian Kak Ngah. rasa macam malas nak bagi ubat pun ada. kali ni makan ubat siap muntah-muntah. adoiii la...

semalam buat kerja sampai dukung Azfar. tak nak langsung dengan orang lain even dengan ayah aku sekalipun. bagi je kat ayah aku dia nangis la. tapi bila abang aku datang, okay le pulak. nak je dia dnegan abang aku tu. dan kemudian tu la baru aku fikir. aku rasa budak-budak ni rindu abah la. aiseh... ini yang seidh ni. huhuhu...

time baik memang baik la dua beradik ni.




my foot: dua kali on lappy, dua kali terlelap. dan dua kali jugak tutup. tak tahan la pulak mata saya ni. ngeee... (",)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. berjangkit plak demam anak2 akk nie ekk..budak2 mmg sng kena jangkitan virus.sebaiknya bg mkn antibiotik smp habis,lepas tu klu tak jalan gak,cofirm kena amik ubat lain yg dos antibiotik tggi sikit.anak sy selalu macam tu la..klu klinik tu tak jalan,kena pegi amik ubat utk kali kedua.

    harap kaklong,kakngah n azfar oklah..bukan apa rindu abah je lebih tu..:)

    ReplyDelete
  2. alaaa sian pulak dkt ank2 akak rindu dkt abah dia.. lbh2 lg time dorg xberapa sihat ni kan...
    entah2 nanti bila akak dh duk sekali dgn hbby.. dorg dh xda dmam2 macam ni lg.. sbb abah dorg sentiasa ada.. xda nak rindu2 lg dah...

    ReplyDelete
  3. mcm adik ipar ema, suaminya baru outsataion..malamnya ketiga-tiga anak demam... bertahan dia selepas balik kerja berjaga anak yang demam pula...dugaan bagi suami kerja di outstation...

    ReplyDelete
  4. Pernah jugak depan komputer terlelap hihihi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ...

    Kesiannya bila semua sekali demam serentak.

    Dengan cuaca yang tak menentu.. Udara yang tercemar..
    Virus merebak dengan pantas. Moga semuanya cepat sembuh sepenuhnya.

    ReplyDelete
  6. ya allah, comel tul bujang kecik tu duk cam tu...hahaha, tegap badan dia kan!

    silih berganti sakit ek, sabar la yea...

    tamabh plak rindu kat org tersayang...huhu, lagi lah lemah semangat ;(

    ReplyDelete
  7. anak munna kalau seorang deman... mesti berjangkit punya nanti... hari tu Yasmin hari ni kakak Meya pula badan dah mula panas

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign