Fresh from the owner...

27 April 2012

Ejekan yang membawa nikmat!!!




Kalau tidak kerana ejekan Abdurrahman bin Auf, belum tentu Miqdad bin Aswad memperolehi isteri yang cantik. Begitulah hikmahnya diejek oleh orang yang soleh.

Ketika itu mereka sedang berbincang-bincang di halaman masjid Madinah. Tiba-tiba Abdurrahman bertanya: "Mengapa kau tak segera kahwin, Miqdad?

"Ya, mengapa kau tidak mengahwinkan aku dengan puterimu saja?" jawab Miqdad.

Entah mengapa, jawapan itu membuat Abdurrahman bin Auf merasa tersinggung. Lalu Miqdad diejek dan dikata-katanya hingga Miqdad merasa sakit hati. Maka pergilah Miqdad ke rumah Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengadu.

Mendengar pengaduan Miqdad, Rasulullah tidak marah. Beliau menepuk bahu Miqdad, dan berkata: "Sudahlah Miqdad. Kau jangan cemas. Aku akan carikan untukmu, seorang isteri yang sesuai bagimu."

Ternyata janji Rasulullah itu benar juga. Tidak lama kemudian, Miqdad dikahwinkan dengan puteri bapa saudara Rasulullah sendiri, iaitu Dhiba’, seorang puteri yang cantik dan luhur budi.

Siapakah Miqdad bin Aswad? Dia seorang perwira Islam yang gagah berani, yang pada tahun 640M pernah ditugaskan oleh Khalifah Umar bin Khattab untuk memimpin 1,000 orang perajurit ke Mesir untuk membantu pasukan Amr bin Ash.





my foot: untuk renungan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. renungan hari jumaat..sgt bermakna..

    ReplyDelete
  2. last2 dpt is3 yg cantik n baik kan...

    ReplyDelete
  3. subhanallah...
    hikmah allah sapa yg tahu kan....

    ReplyDelete
  4. hikmah diejek dpt isteri cantik..:)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign