Fresh from the owner...

26 April 2012

Bila duduk di negara beriklim sejuk. ^_^

disebabkan aku ada aktiviti lain pagi-pagi (jaga anak buah aku yang kecik tu), Kak Long memang aku tak dapat nak hantar ke sekolah macam biasa. unless my sis ada kat rumah. boleh la aku tinggalkan si kecik tu kejap dan hantar Kak Long. tapi alhamdulillah. dia tak meragam macam mula-mula dulu kalau orang lain nak hantar dia. bila dia faham kenapa, memudahkan kerja. kadang-kadang dia buat-buat tak faham. jadik macam geram la jugak. hahaha...

started last two weeks, dia pergi sekolah my other sis yang hantarkan. okay je la. tapi kadang-kadang tu dia mintak aku yang ambilkan. okay je la. cuma hari Jumaat la susah sikit nak ambik. kalau ada orang tengok si kecik tu boleh je ambik dia sebab dia balik awal hari Jumaat tu kan. Jummat lepas aku ambik dia dengan kereta. siap bawak Azfar, Kak Ngah dengan sepupu dia yang seorang lagi tu. drive dengan Azfar atas riba? tak jugak. aku letak dia dekat seat penumpang dengan kakak dan abang sepupunya tu. kecuali time dia menangis je baru aku ambik. eh, tercerita lain la pulak. hahaha... 

duduk dekat negara mana ni Yang?

berleter la tu.


pinjam baju sejuk sepupunya sebab baju sejuk dia tak ada. hahaha... tak pernah beli sebab tak tahu nak guna untuk apa. ingat nak beli jugak la untuk budak tiga beradik ni sweater. macam pics kat atas tu, dia ke sekolah time cuaca sejuk sangat sebab hari hujan malam tu dan paginya cuaca tetap mendung macam nak hujan.

ni first day dia ke sekolah dengan my sis. my sis bawak dia ke tempat kerja dulu sebelum hantar dia ke sekolah. lepas daripada hari tu dia tak nak ikut lagi dah mak saudaranya tu sebb dia tak biasa dengan orang asing. hahaha... ada seorang pakcik tu menegur dia. jadik dia tak berapa nak ramah dengan orang pagi-pagi hari. alahai anak ibu ni. tapi kalau ramah nanti, terlebih la pulak. muahaha...

cuma dia ada cakap kat aku: "Ada orang kat tempat kerja ma (my sis la) tu cakap Kak Long cantik." huhuhu... okay, ramai yang jumpa Kak Long mesti cakap dia cantik comel. alhamdulillah. kurniaan Allah SWT. terima kasih sebab kata dia comel. kata-kata tu doa.




my foot: hari ni misi untuk ajar Kak Long tulis nama dia lagi sampai dia boleh buat. ngeee...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. ahahaha, comel je kakLong duduk dlm sweater tu. belikanla kak, kita pun nak beli utk auni ngn adli. baju auni smua seksi2 stok nmpk ketiak punya. hahaa. bila sejuk, menggagau nak cari apa2 yg tebal. hahaa.

    ReplyDelete
  2. belajar rerajin kak long..:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... mmg kaklong ni comel pun.. :-)

    sy pun terpikir nk beli sweater utk alisha.... kuar mlm2 tkt dia sejuk..

    ReplyDelete
  4. Macam bersekolah kat Jepun, pakai sweater siap dgn hood skali. Heheh.

    ReplyDelete
  5. beli je..standy..manalah tau kan...

    anak2 u mmg chomel2..cantik2 semuaa :) {aseklah tak tau nk panggil nama apa..hik2}

    ReplyDelete
  6. comel kak long pakai swetter tue...

    ReplyDelete
  7. Kak Long memang cantik lagi cumel..
    :D

    ps: sama dgn Mama Gee, lama dah dtg blog ni tapi tak tau nak panggil apa.. sbb rasanya anisalya tu nama anak2.. ngeeee..

    ReplyDelete
  8. kak long memang comel..ALHAMDULILLAH..anugerah Yang Maha Esa

    ReplyDelete
  9. kaklong mmg cantik.time aiman kecik dulu ada la sy belikan sweater,skang dia tak suka lagi pakai.mmg jenis tahan sejuk.hehe..

    aiman dh pandai tulis nama sendiri.tp nama depan je,aiman pandai,yg belakangnya mukhlis sy tak ajar plak.haha..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign