Fresh from the owner...

01 April 2012

Bila Azfar demam mengejut.

mungkin sebab cuaca panas sangat kot. aku pun tak tahulah. tapi siangnya dia main elok je. tak ada masalah. makan pun okay je. petang membawa ke malam pun still okay lagi. main dan tidur macam biasa. pukul 1 lebih, hampir-hampir pukul 2 la aku sedar sebab Azfar nak susu dan aku rasa dahi dan badannya panas. Ya Allah... demam ke? tiba-tiba pulak demam?

memang panas. aku tak check suhu badannya tapi aku rasa lebih daripada 38 darjah. takut jugak kalau kena macam hari tu. dia bangun. aku bawak dia minum air, basuh kepala. demam paginya tu tak ada masalah langsung. pukul dua tu boleh bercakap dengan main-main lagi. kemudian dia tidur. aku masukkan paracetamol 250mg kat Azfar sebab itu pesan doc. sediakan ubat tu. cari kat farmasi katanya. tapi kalau ke farmasi ada dua jenis. satu lagi 150mg yang biasa. 250mg ni utk demam panas. tu kata budak yang kerja farmasi tu la.

ubat dah siap-siap ada. kool fever pun sama. pukul 7 lebih dia bangun dan keadaan dia okay jugak lagi. siap main-main dan boleh senyum dan bercakap. lepas dia tidur pukul 8 lebih tu, badan Azfar start panas semula. menggigil dia sebab sejuk tapi aku bukak seluar baju. pakai diaper je. kejap-kejap selimutkan la. kemudian tu la baru dia meragam. suhu badan memang lebih daripada 38 darjah. kali ni aku tak pakaikan diaper. selimutkan or  tutup dengan kain je. senang nak bawak mandi. kejap-kejap aku bawak mandi. makan pun sikit sangat.

bawak mandi suhu turun la sikit. tapi dia still menggigil. tgh mandi tu nampak la bulu-bulu roma berdiri-diri. alahai... kesian, tapi terpaksa la. petang tu dia still merengek-rengek. aku masukkan ubat tu kali kedua. alhamdulillah... dua jam lepas tu, nampak dia okay sikit. badan pun dah start berpeluh dan dia makan bubur dengan sup ayam banyak jugak sambil tengok ayam. dah start bercakap. itu pun lepas tiga kali dia kencing atas aku dan aku terpaksa tukar baju seluar dua tiga kali. huhuhu... tak apa la. demi anak kan?!








my foot: malam ni pun Azfar tidur tanpa baju. badannya tak panas lagi. tapi Kak Long still demam malam. siang okay. malam je panas badan. lupa nak pesan kat my sis beli ubat demam kat farmasi. ubat hospital tak jalan pun dengan dia. hmmm...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. moga cpt sembuh yer...
    ye la..sekarang musim x menetu..n musim demam+pyakit kukukakitangan & mulut... kna pantau ank2

    ReplyDelete
  2. umur cam ni mmg demam selesema silih berganti... huhuuuu, mak nye lah penat nak berjaga siang mlm kan...

    ReplyDelete
  3. mg cpt sembuh.. tingat balik kenangan akak ketika ank2 akak kne msk wad tu... adoiii... sian betoi.. akak ni mmg kuatlah..

    ReplyDelete
  4. eh.. td dah komen.. ada x ek..hihii

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign