Fresh from the owner...

13 April 2012

Besarnya fadhilat berselawat ke atas Rasulullah.



Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah saw..



Baginda bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepada baginda.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allah mengampuni orang itu.”

Izrail pula berkata: “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi.”


Fadilat berselawat ke atas Nabi :

Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah saw.

Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.

Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.

Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad saw pada hari kiamat.

Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad saw

Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.

Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad saw.




my foot: besar fadilat berselawat ke atas Rasulullah.

sumber: scripters.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. a'aaa mmg berselawat tu... fadhilat dia sgt2 besar kn...

    ReplyDelete
  2. elok basahkan bibir dgn selawat...pahala pun dpt.. :)

    ReplyDelete
  3. INSYAALLAH...banyak manfaatnya

    ReplyDelete
  4. mmg besar fadhilatnya..:)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign