Fresh from the owner...

04 April 2012

Ada 5 tapi cuma 2 je yang buka?!

ke pejabat pos untuk selesaikan urusan my sis last Friday. dia mintak tolong, jadik aku tolong je la. aku dah tahu kalau urusan kat pejabat pos memang akan ambik masa yang lama. tapi tak ada hal la. mana tahu nak jadik rezeki aku kan? hehehe...

sampai pejabat pos, tengok orang yang ada kat dalam tu tak la ramai mana. lepas ambil borang dan nombor, aku tunggu la turn kat situ. kalau ikutkan pada angka giliran, aku kena menunggu dua orang je lagi sebelum turn aku. tapi dek disebabkan kebijaksanaan orang-orang pejabat pos ni, aku terpaksa menunggu sejam jugak untuk turn aku tu.

sebabnya? hanya dua kaunter je yang buka. satu kaunter tu untuk pos barang, beli setem dan yang seumpama barang dengannya. satu lagi kaunter tu la yang dok handle orang nak bayar bil, nak keluarkan asb dan segala macam benda berkaitan dengan pembayaran dan pengeluaran la. jadik daripada kena menunggu cuma dua orang je dah jadik berorang-orang.

kaunter-kaunter yang kosong.

ni je la kaunter yang buka.


bila sampai turn aku, adik yang jaga kaunter tu sampai silap bagi resit. muahaha... aku dah nak balik dengar dia panggil dan bagitahu dia tersilap bagi resit yang sepatutnya. dah la tu dia sengih-sengih sambil geleng kepala. pening la tu sebab ramai sangat dia kena layan. hahaha...

kesian kat dia. pejabat pos ni kalau rasa nak bukak 1 je kaunter, baik tak payah bukak yang lain tu. leceh jugak kena menunggu lama-lama ni. ke pekerjanya pergi minum-minum. hohoho... okay la. nak tengok Azfar dulu. nanti sambung lagi.







my foot: berkejar-kejaran.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. saya pun bengang kalau cam gini, sepatutnya kena ada prosedur la kan, kalau kerja yang melibatkan kaunter dan melibatkan ramai orang, at least 4 atau 5 kaunter kena jalan sekaligus..kalau urusan semua sama takper, tapi urusan semua lain-lain..

    ReplyDelete
  2. huhu..biasa sgt la dgn situasi mcm ni.. kdg2 naik geram kan.. buat pe buat kaunter byk2.. kalo x buka n blh mlambatkn servis

    ReplyDelete
  3. ermmm...selalu je fenomena gini jadi....nape ntah....cubalah produktif sikit...haihhh...huhuu

    ReplyDelete
  4. eeee mmg tensen kan g2? hu3

    ReplyDelete
  5. Pejabat pos mmg gini! Lagi2 pej pos dekat2barea perumahan. Dahla kaunter 2 dr 5 je buka. Lepastu kena beratur.haih.nasib tak telepas solat jumaat aritu..dekat pkl 1 dh time tu..


    Salam kenal :)

    ReplyDelete
  6. bila nk kne tunggu lama2 ni yg mls kan.. kaunter byk tp xbk..

    ReplyDelete
  7. nsib pejabat pos sp nie besar n bukak byk kaunter..tp sy sudah jarang kepejabat pos sbb bayar bil semua on9 jer..:)

    ReplyDelete
  8. Pejabat Pos memang suka bukak kaunter sikit2 tak tahu kenapa...kat mana2 semua begitu...

    ReplyDelete
  9. betul tu..mana2 same jer..gi ngulor ker staff dia..

    ReplyDelete
  10. tak cukup staff agaknya

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign