Fresh from the owner...

09 April 2012

ABPBH 2011 di sana-sini.



bukan nak cerita pasal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011. rasanya ramai dah tahu keputusan. tahun ni kemenangan milik Aaorn Aziz. dalam pada orang dok kutuk-kutuk dia, dia menang besar jugak kan? aku pun tak tengok anugerah tu. dok baca-baca dalam blog-blog je. aku pun tak tahu malam semalam ada ABPBH. hahaha... boleh gitu? selagi badan tak berapa nak sihat ni, kena rehat dulu la. 

semalam kepala pening. Ya Allah... memang tak on lappy pun. satu entri je  la sebab selebihnya dok melayan sakit kepala dengan anak-anak. mujur jugak bukan sakit sebab migrain. kalau migrain memang tak bangun dah. dok melepek je baring dalam bilik. sakit sebab selesema dengan demam ni, still boleh bangun and do some house chores. still boleh layan budak-budak bertiga tu. cuma bila rasa penat sikit, baring la. tak pun lepak kejap dalam bilik.



cuma Azfar la dah start selesema jugak macam aku. insyaAllah, kali ni dia okay-okay je. cuma cuaca kat sini la tak berapa nak menentu. kejap panas sangat. tak semena-mena ada angin dan hujan. tengahari semalam hujan dengan angin yang agak tak berapa nak sepoi-sepoi bahasa tu. huhuhu... Kak Long dengan Kak Ngah bukan boleh tengok hari hujan. mesti nak mandi punya. tapi aku cakap dia orang tak boleh mandi sebab baru je nak recover daripada demam. nanti dah fully okay, baru boleh mandi. 

sekejap je dah Isnin. kerja sekolah Kak Long ada yang tak siap lagi memandangkan aku tak berapa sihat dan tak sempat nak tolong temankan dia buat. pagi ni kena mintak Kak Long sambung sikit lagi la. huhuhu... aku macam mamai-mamai je. bila tersedar je pagi tadi terus teringat, hari ni Isnin ke? betul ke? Kak Long ni ada kerja sekolah rasanya. penangan sakit kan? muahaha...





my foot: nak minum air kejap la sementara menunggu subuh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Tahniah buat pemenang!!! Keputusan yang dijangka utk Aaron

    ReplyDelete
  2. lya pon x tgk sgt smlm.. tgk2 pon nak last dah...

    moga cpt2 smbuh yer..

    ReplyDelete
  3. salam kenal dari fyzz..saya dh follow..nice blog..and nice kids...lovely 3A

    jaga diri..mmg skang nih musim demam kan..hubby saya pun sakit tekak yg teruk skang nih..sya pun turut kena tempias..

    ReplyDelete
  4. sy pun nasib baik smpt tgok.aiman pun tidur awal mlm tadi pastu teringat rasanya macam ada ABP.boleh dikategorikan best gak la.rugi tk tgok.hihi..

    ReplyDelete
  5. Memang musim pun...keadaan cuaca yang tak menentu turut effect my family. Tengok jugak ABPBH tapi bab dressing artis dia buat malu aje. Shila Amzah punya baju, sendat, mampat kalahkan Jac yang bukan Melayu...

    ReplyDelete
  6. alisha pun tgh selsema ni.. jgkit dgn saya.. saya baik dia sambung..

    ReplyDelete
  7. sya sanggup tunggu smapai abis...huhu, Aaron punya pasal!

    dah cuba letak kunyit di btg hidung seleseam tu?

    ReplyDelete
  8. tahun ni tak layan sgt ...sbb sampai umah dh kul 10++..layan mana yg sompat je

    ReplyDelete
  9. ema pun ada tgk ada tak..sebab malam tadi kena pergi tgk paip problem di rumah orang sewa..

    ReplyDelete
  10. maera tak tgk pun, sb kat tv hijrah ade cite best.hehe~ ape2 pun tahniah sume. =)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign