Fresh from the owner...

21 March 2012

Uruskanlah jenazah itu.



Pesan kat adik-beradik, kalau mak ayah kita meninggal, jangan biarkan orang lain yang urus jenazah mak ayah kita. Biar adik-beradik kita sendiri yang uruskan. Bukan kita tak pandai, tapi kita malas nak belajar. Solat jenazah kalau belajar 5 minit pun tak sampai tapi kalau diploma, 3 tahun belajar boleh pulak.

Kita tak malu ke kalau orang-orang lain tahu aib mak ayah kita masa mandi? Cuba bayangkan. Kita anggap benda ni benda kecik sebab tu kita tak ambik berat. Cuba tanya mak ayah, kalau boleh nak siapa uruskan dia orang kalau dia orang meninggal? Mesti diorang jawab: "Anak-anak..."

Bila mak ayah meninggal, mula la kita telefon pihak masjid, panggil orang kampung nak suruh urus jenazah. Padahal benda tu kita pun boleh buat. Sia-sia je kalau belajar sampai dapat PHD tapi orang lain yang mandikan jenazah mak ayah kita. Sia-sia je ada ijazah, tapi orang lain kafankan jenazah mak ayah kita. Sia-sia je belajar sampai UK, tapi orang lain yang imamkan jenazah mak ayah kita.

Renung-renungkan. Inilah kali terakhir kita bertanggungjawab untuk mak ayah kita.






my foot: betul la tu kan? sikit-sikit nak suruh orang sedangkan kita boleh je uruskan sendiri. peringatan untuk diri sendiri juga adanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. membaca n3 ni terasa sedih....
    adakalanya..anak ramai.... tp.. bila time ibubapa meninggal.. org luar gak y uruskan jenazah..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kongsi.. peringatan untuk diri sy jugak... moga sy dapat menguruskan sendri dgn adik² klu perkara ni berlaku...

    ReplyDelete
  3. Ye tak ye jugak. Mekasih kerana mengingatkan. :)

    ReplyDelete
  4. betul tu..kena blaja bab ni bersungguh2...insyaAllah anak2 kita nanti pn akan buat benda ni jd tradisi..nape kawen2 leh lak jdkan tradisi kan..

    ReplyDelete
  5. a'ah..lebih2 lagi yang punya ramai anak lelaki

    ReplyDelete
  6. A'AA BETOI TU KAK SAL.. LGPUN, BLA KITA YG URUSKAN.. KITA AKN MANDIKAN MAYAT tsebut dgn penuh kasih syg... kita nk buat ksr2 pun xsanggup...

    ReplyDelete
  7. org kata nak mandikan jenazah ni kena kuat semangat. ada baca-baca sikit. sepupu D pernah mandikan arwah ayah dia..tp lepas tu dia rasa nak pitam..hampir2 nak terjatuh. pastu org keliling pon ckp...bkn senang nak mandikan jenazah kalau kita tak 'kuat' luar dan dalam.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign