Fresh from the owner...

21 March 2012

Tolonglah selamatkan saya!


budak kecik ni memang kelakar. aku suka bawak dia duduk dalam bilik dengan aku. sebabnya malas nak biarkan dia lama-lama kat luar. banyak sangat bendanya. nanti dia mengutip. itu yang lemah sangat perasaan aku ni.

bila dah ikut aku dok dalam bilik, dia akan merayap la dan cari segala macam benda. mainan memang banyak. tapi dia bukan suka sangat nak main pun. benda lain jugak yang dia tuju dan nak main. kalau ada Kak Long dengan Kak Ngah, dia mengacau kakak-kakaknya tu pulak. hahaha... kalau aku on lappy, dia datang dekat dengan senyum comel dia tu. tak ada kerja lain la. nak menekan-nekan keyboard lappy ni la adanya.

bila Kak Long dengan Kak Ngah keluar daripada bilik, Azfar pun nak keluar sama. bosan la tu duduk lama-lama dalam bilik. aku selalu pesan dengan Kak Long ke Kak Ngah ke, kalau nak keluar bilik kena tutup pintu. kalau tak, adiknya tu dengan laju akan ke pintu jugak. aku tak kisah kalau rumah ni tak ada tangga. tapi bilik aku sekarang ni kat ruang tengah. kiri tangga, kanan pun tangga. risau kalau dia laju sangat bergerak nanti dia jatuh dari tangga tu. huhuhu... tak ada la aku nak tanggung risiko.

tu la... pic kat atas tu dia mintak tolong orang bukakan pintu sebab dia nak keluar. alahai... kesian la pulak ibu ni tengok. jom la kita keluar jap kacau orang. hehehe...





my foot: Azfar bukan setakat pergi kat pintu je tapi siap buat bunyi lagi. memang kesian la tengok. aku bawak la dia keluar. janji dia puas hati. ngeee...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. azfar ditahan dalam bilik!.muahaha...

    ReplyDelete
  2. Alahai comelnya dia dgn badan chubby di tu, meh auntie tolong hehe

    ReplyDelete
  3. dgr dia merengek tu mmg luluh hati kan...hehe,

    ReplyDelete
  4. OLOLOOOO SIANNYA AZFAR... KENE KURUNG YER.. NANTI AUNTIE DTG SELAMATKAN AZFAR..HIHII

    ReplyDelete
  5. tak pyh akak, kita yg tgk gmbr ni pun kesian menengoknya. adli kita bawa masuk bilik dia bantai zzzzzz. sbb kt ruang tamu kepala pening, mainan kakak bersepah satu rmh.

    ReplyDelete
  6. comel jer azfar.macam org besar.dh pandai jalan nanti msti lagi ligat..hehe

    ReplyDelete
  7. azfar kena kurung dengan mommy yer..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign