Fresh from the owner...

02 March 2012

Tips untuk jadi Isteri Solehah.



1-Isteri yg sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri..Seorang Suami itu akan sepenuh hati menyayangi isterinya,apabila seorang isteri itu boleh bersama keluarganya.

2-Isteri yg sentiasa menjaga aurat daripada yg bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri,Tidak membenarkan bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

3-Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka.Ini kerana sifat semulajadi itu ALLAH S.W.T Anugerahkan kepada lelaki.

4-Isteri sedia memberikan kesetiaan,ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan perintah agama.

5-Isteri sedia memberikan layanan kasih sayanga yg sepenuhnya sehinggan membuatkan suami berasakan rumahtangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahgiaan dari sebarang masalah kerja.

6-Isteri yang sentiasa menjaga rahsia rumah tangga dan maruah suaminya,Begitu juga dengan maruah dirinya sendiri ketika ketiadaan suami,Isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar dari rumah ataupun mengerjakan puasa sunat.

7-Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir,cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

8-Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan,isteri tidak meminta-minta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

9-Isteri sentiasa yang bersyukur dan tenang,sama ada menerima nikmat ataupun dugaan dari Allah.Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

10-Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.

11-Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami ketika diperlukan

12-Isteri yang sentiasa menghiaskan diri apabila dihadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suaminya

12-Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluanya sendiri.

14-Isteri yang sentiasa bersikap malu kepada suaminya bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatanya.

15-Isteri yang menemani suaminya kemuka pintu sewaktu suami hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suami pulang..


Didalam rumah tangga pasti ada masalah. Janganlah menundingkan masalah itu kepada orang lain, sebaliknya menundingkan lah masalah itu kepada diri kita supaya kita mendapat kesesalan dari apa yang terjadi.

''Janganlah sesekali meninggikan suara dari suami kita. Masyaallah... nerakalah tempat kita wahai para isteri. Sembahyanglah kita 1000 tahun sekali pun, selagi suami tidak memaafkan sia-sialah amalan kita''.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. reminder untuk diri sendiri, mintak dijauhkanlah, memang impian setiap isteri menjadi isteri solehah kan

    ReplyDelete
  2. a'aa betoi tu kak.. walau camne sekalipun.. jgn tinggikan suara.. lgpun lelaki ni ada ego yg tersendiri.. kang xpasal2, ego tercabar.. lain pulak cite nanti..

    ReplyDelete
  3. belum cukup baik lg...huhuh

    ReplyDelete
  4. segala tersenarai bila diikuti..syurga dijanji..

    ReplyDelete
  5. UAI pernah ckp

    suami yg paling teruk adalah suami yg tidak beri nafkah pd isteri

    isteri yg paling teruk adalah apabila lidahnya tajam kpd suami..

    ReplyDelete
  6. panduan utk diri yg selalu alpa, wlu camana pun kaki dia tu lah syurga kita kan....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign