Fresh from the owner...

13 March 2012

Takziah buat keluarga Nurul Nadirah @ Dirang.

Dirang.


setelah hilang selepas keluar untuk membeli mee segera, Dirang akhirnya dijumpai. tapi bukan dalam keadaan sempurna. tapi rentung akibat dibunuh dan dibakar oleh individu yang belum dikenal pasti.



JOHOR BAHARU: Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Menurutnya, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.    - mStar Online


apalah salah si kecil ni sampai sebegitu sekali dia diperlakukan. Ya Allah... semoga pembunuhnya menerima hukuman yang setimpal. mungkin dia dapat lari di atas dunia ni. tapi saat di sana nanti bersedialah enerima hukumannya. peringatan untuk ibu bapa jugak agar jangan terlalu leka. jangan taksub dengan laman sosial juga. pastikan di mana anak-anak kamu dan dengan siapa mereka berada.





my foot: tabahlah hendaknya si ibu. sudah sampai masanya Dirang dijemput pulang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. sedih kan....x dpt bygkan perasaan sbnr ibunya...kt mendgr cerita je pun sayu hati..

    ReplyDelete
  2. bahayakan... mmg akn menyesal tak sudahlah bila dh jd gini... sama2lah kita jg anak2.. moga ank2 kita dijauhkan dr semua ni

    ReplyDelete
  3. sedihhh sgt2...tak terkata...tak mampu nk komen byk2...tak tenteramlah hidup org yg menganiaya anak kecil nih!!

    ReplyDelete
  4. xdpt bygkan bagaimana sedihnya keluarga si kecil ini terima khabar yg sedih ini..semoga penjenayah tu mdpt balasan yg setimpal.....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign