Fresh from the owner...

16 March 2012

Sup Ikan Jemuduk.

sedap ni. hehehe...


tak ada apa yang istimewa pun tentang sup ni. masak sup guna bahan yang ada je. ikan jemuduk tu ayah aku beli seekor dekat Sungai Miang. ikan baru naik. RM15 seekor dengan kebesarannya tu. murah. berhari-hari dok fikir nak masak apa la ikan ni. last-last hentam je la buat sup ikan.

sedap tak sedap belakang cerita. asam pedas dah buat. kari pun dah buat. masak lemak cili padi pun dah. goreng berlada pun sudah. last-last buat sup pulak. tengok apa hasilnya. kejap je licin. memang lapar la budak-budak ni. ke aku masak memang sedap? hahaha... even my sis pun kata dua tiga hari aku masak ni nasi pun kena masak dua tiga kali jugak sebab asyik tak cukup je. muahaha... harus la perasan sedap masak kan?

kenapa aku cakap macam tu? Kak Long selalu cakap: "Kalau ibu yang masak mesti sedap." mahunya tak kembang semangkuk hati ibunya ni. hehehe... macam hari tu aku buatkan Azfar kentang lecek. rebus kentang tu dengan garam. lenyek sampai jadik macam mashed potato tu. kemudian letak planta Azfar makan banyak. Kak Long aku bagi sikit. dia nak kata tak sedap sebenarnya. tapi bila dia tanya siapa masak dan aku cakap 'ibu', dia pun balas balik: "Sedap ibu masak." pandai ambik hati kan?








my foot: masak sup macam biasa ye. tak ada special. yang special cuma ikan dan extra kasih sayang dalam masakan. hohoho...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. anak-anak tak reti tipu tau

    ReplyDelete
  2. waduuh, lapar teruss... lepas solat Jumaat nanti baru nak makan puas2... hehee

    ReplyDelete
  3. hhahahha.. kelakar la kaklong ni.. pandai amik ati..hihii.. tapi kan mmg betoi kan kak.. saya rasa mskn ibulah yg paling sedap... walaupun hanya goreng ikan je tapi rasa dia sedap..kikikii... tu la kan.. org lain masak.. kita tak rasa kasih sayang dalam masakan tu.. sbb tu kita tak rasa sesedap masakan ibu.. :-)

    ReplyDelete
  4. anak2 mmg pandai puji kan.... sama ngan anak munna pandai membodek umminya

    ReplyDelete
  5. Confirm la tu awk msk sedap Heheh. lagipun dah biasa makan air tgn ibu dia. Mesti la sedap. Sebab tu la pompuan yg dah kawen dan ada anak, elok masak tiap2 hari. Supaya family terbiasa dgn air tgn.

    Ikan jemuduk ni feveret mak saya.

    ReplyDelete
  6. itulah air tangan ibu...goreng telur pn sedap.....hi...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign