Fresh from the owner...

27 March 2012

Sudah pakar banyak benda. Tapi kadang-kadang tercium lantai juga.

sudah besar. jadik banyak benda yang dia belajar. mulut pun sama naik jugak ye. sama bising dengan tingkah lakunya tu. sudah pandai marah orang jugak walaupun dalam hati ada taman kecik. hahaha... kalau kita marah orang atau orang marah dia, dia akan marah semula. kadang-kadang tu dia ajuk je perlakuan kita. jangan jerit kuat-kuat sebab nanti dia kecik hati dan menangis. boleh tahan kan?

anak teruna aku la tu. Azfar memang macam tu. tapi itu la yang sepupu-sepupunya suka buat. menjerit kuat-kuat depan dia. nanti sure la dia menangis. bila dia menangis, ibunya ni mula la nak naik hangin sebab dah pesan awal-awal jangan buat kan. budak-budak ni bukan makan saman sangat. geram betul aku. kejap lagi kena sekeh la dengan 'mak tiri' ni. hehehe... aku suka gelarkan diri aku 'mak tiri' dengan anak-anak buah ni kalau parents dia orang tak ada (my BIL kerap jugak masuk wad dan my kakak la selalu temankan. jadik budak-budak ni off course la tinggal dengan aku kan. muahaha... gelak jahat!) dan aku kena ambil alih tugas jaga dia orang.

aksi-aksi budak kecik turun tilam:-

ada masa elok la turun macam ni.

pandang apa tu dik?

selamat turun.


Azfar pernah jatuh tilam ni dua tiga kali masa dia baby. nakal dia ni time tidur. itu yang jatuh tu. nasib baik jugak katil dah tak ada. buang masa Kak Ngah baby. takut jatuh. kiranya aku bernasib baik la sebab bilik aku ni berlantaikan kayu dan bukan simen. ngeee...

walaupun dah mahir turun naik atas tilam ni tapi tu la... ada masa tetap mencium lantai. kalau aku tak terkam dia, okay je ammat kecik ni. tapi kalau kita pergi kat dia dan tanya kenapa, sure menangis la. hahaha... comel je. dalam hati ada taman bunga ye dik?!






my foot: hari ni blackout. ini la baru dapat nak online. huhuhu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. ooo.suke jugak melayan beby ye..gud2!

    ReplyDelete
  2. tak clear la azfar. aunty tak nmpk muka azfar clearly. adli byk kali gakla terhumban drpd atas tilam ke lantai, tapi dia tak turun mcm azfar ni, dia berguling. bila terkejut je nangis. tilam kita tak tinggi. kekadang mengesot sampai dinding, tak boleh nk jln dah tu nangis gak tu.

    ReplyDelete
  3. nsb jatuh tilam.. alisha beberapa kali jatuh katil ms kecik dulu... berdegup jantung,... tp alhamdulillah xda pe2...

    ReplyDelete
  4. hehe azfar nie boleh tahan lasak..sy masa aiman kecik tido bawah jer sbb takut jatuh.hehe..

    ReplyDelete
  5. bertanda tak bile jatuh.. heroo mestilah ttp heroo kan.. kalau tak jatuh xdelah tanda ingatan.. tak serik² btl tak.. nnt buat lagi..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign