Fresh from the owner...

06 March 2012

Nasi goreng sempoi.



tiba-tiba nak cerita pasal masakan di siang hari kan? hahaha... saja je nak kongsi resepi sempoi pada yang tak berkesempatan dan tak kecukupan bahan-bahan macam aku ni. sebenarnya, ni lunch budak dua beradik tu ahad lepas. dia orang kalau makan nasi nak dengan kicap, ikan. tapi Kak Ngah up sikit sebab dia suka sayur. Kak Long memang aku rasa bangga la kalau dia bertambah makan nasi dengan kicap tu sebab selera dia lain sikit.

buat yang ini pun makan banyak jugak walaupun selebihnya makan sosej je. kadang-kadang goreng telur, tambah kicap dengan nasi pun dia orang makan banyak. sesekali goreng telur tambah sos cili. tapi kalau sup dengan mee kuning tu memang dia orang makan banyak. tapi takkan hari-hari nak kasi makan mee kuning? hehehe... okay, dah tercerita benda lain pulak.

menu ni senang je. ada sosej dengan telur dan sayur campur dah okay. caranya: goreng sosej dulu, tambah telur dengan sayur campur (telur nak goreng dulu pun boleh jugak). lepas tu masukkan dua sudu besar sos cili, sesudu besar sos tomato, sesudu besar kicap dan sesudu besar sos tiram. gaul rata, letak nasi. kacau lagi. taraaaa... dah siap. senang sangat kan? tak payah letak serbuk perasa lagi dah sebab combination sos cili, tomato dengan tiram dan jugak kicap bagi kita rasa yang kita nak.

okay... selamat makan. 







my foot: menu orang malas ke? malas ke tak janji perut kenyang okay!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. Salam anisalya,

    Masak sempoi2 mcm ni mmg terbaik! Mudah & senang, tp saya jenis suka letak sayur...klau tak mcm tak meriah pulak...tp klau dah xde sgt bhn2 mkn mcm ni pun dah sangat ok :) Buenas dias! Good Morning! :)

    ReplyDelete
  2. wahhh mmg sempoi..leh try time weekend..kot anak nk mkn..

    ReplyDelete
  3. sempoi2 pon..nmpak sedap la

    ReplyDelete
  4. Nasi goreng sempoi mcm saya. Hehe.. Klu saya pernah sekali goreng nasi cuma letak garam dan ajinomoto je. Hehe. Lg simple kan. Hihi

    ReplyDelete
  5. laparnya...trgoda tgk nasi goreng tu...blm b.fast lagi nie...

    ReplyDelete
  6. sedapnya, saya tak breakfast lagi, nk sikit hehehehe

    ReplyDelete
  7. menu malas nilah yng sedap kak sal... saya dah mula terliur.. adoiii....

    ReplyDelete
  8. resepi yg sempoi dan menarik....kadang2 buntu nak buat bekpes ape tuk budak2 ni bawak bekal gi skolah he he he...boleh lieya cube nasi goreng sempoi ni kang!

    ReplyDelete
  9. kak, sayur campur tu yng kacang hijau, jagung dgn carrot tu ke? Kalau tak silap yg tu tak healthy. Terutamanya kacang pis tu. Tapi tak tau la. Org kata.

    ReplyDelete
  10. biasanya yg sempoi ni la yg sedap kan..msti bselera anak2 akak mkn =)

    ReplyDelete
  11. simple dan sempoi ...budak2 mmg suka..lagi2 klu ada kicap

    ReplyDelete
  12. mmg sempoi..aiman paling peberet klu nasik goreng letak sosej dan telur...rasanya saya pun gila sosej gak dulu,tu yg anak pun ikut..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign